SPECIAL ADS

11 November 2013

Pengerusi ANAK dapat kejayaan berganda

Mazlan [tengah] bersama Anuar Manaf dan Wan Zawawi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta selepas kes mereka diselesaikan. Gambar daripada Facebook Mazlan Aliman.
11 Nov : Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendapat kemenangan berganda apabila dua pihak yang memfitnahnya sebelum ini  memohon maaf dan membayar ganti rugi kepadanya.
Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manaf yang juga pemimpin Majlis Belia Felda Malaysia dan Ketua Penerangan Majlis Belia Felda , Wan Zawawi Wan Zin membuat pernyataan maaf di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rusilah Yup, hari ini.
Mereka juga dikehendaki membayar ganti rugi penyelesaian dengan amaun tertentu.
"Alhamdulillah, syukur tidak terhingga dengan anugerah berganda daripada Allah selepas menang kes di Mahkamah Tinggi Temerloh 23 Oktober lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 23 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Temerloh memerintahkan polis dan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi RM370,000 kepada Mazlan selepas mendapati kedua-dua pihak itu bersalah menahan Mazlan.
Berikutan kemenangan itu, Mazlan memaklumkan kepada media bahawa beliau menyaman kedua-dua pemimpin Majlis Belia Felda itu kerana memfitnahnya.
"Nama baik saya dibersihkan daripada tuduhan dan fitnah kononnya saya menyeleweng duit peneroka Felda Kemahang 3," katanya.
Mazlan yang enggan memanjangkan perkara itu berkata, beliau akan bersama-sama Anuar, Wan Zawawi serta peneroka Kemahang untuk fokus kearah membela warga Felda bukan bertelingkah sesama sendiri.
"Saya harap kami boleh bekerjasama demi kebaikan warga Felda di masa depan," katanya.
Mazlan diwakili peguam Haris Abdullah dan Wan Rohimi Wan Daud. TMI

Tiada ulasan: