Berucap ketika membentangkan bajet berjumlah RM1.85 bilion untuk tahun 2014 di DUN Selangor petang ini, Khalid berkata, ia bermakna kerajaan negeri akan membelanjakan RM2.28 bilion bagi tahun depan.
"Bersama-sama dengan penggunaan rizab untuk perbelanjaan pembangunan (dan RM1.85 juta bajet), kerajaan negeri bersedia untuk membelanjakan sejumlah RM2.28 bilion bagi 2014," katanya.
Menurutnya, peruntukan RM430 juta menggunakan wang rizab tersebut antara lainnya melibatkan RM150 juta untuk pembinaan Jambatan Ketiga Klang, RM100 juta untuk pembinaan rumah mampu milik dan RM50 juta bagi pembinaan beberapa bangunan sekolah.
Selain itu, jumlah itu juga bagi menampung RM50 juta bagi pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia, RM50 bagi pembangunan desa dan RM30 juta lagi bagi pemberdayaan wanita, katanya.
Dengan langkah itu, Khalid akhirnya terpaksa menggunakan sebahagian dari rizab kerajaan negeri, yang kini berjumlah RM2.71 bilion – paling tinggi sejak tahun 1998.
Pengumuman Khalid ketika membentangkan bajet bertemakan “Belanjawan Berhemat dan Berimpak Tinggi, Maslahat rakyat” itu disambut dengan sorakan dari para ahli Dewan.
Kelab penyokong kerajaan Selangor pada bulan lalu mengemukakan memorandum bagi menyatakan kebimbangan bahawa perbelanjaan pembangunan akan dikurangkan bagi tahun 2014.

Jumlah peruntukan yang diumumkan hari ini menyaksikan penurunan dari RM633 juta tahun ini kepada RM624 juta tahun depan.
Bagaimanapun, suntikan RM430 juta tambahan dari rizab kerajaan negeri itu membolehkan jumlah peruntukan bagi pembangunan itu meningkat kepada RM1.055 bilion - jumlah paling tinggi setakat ini.
Khalib Ibrahim turut memaklumkan bahawa pencapaian wang tunai dan pelaburan setakat 31 oktober berjumlah RM2,712.85 juta merupakan paling tertinggi sejak 5 tahun lalu.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa setakat 31 oktober 2013, Kumpulan Wang Disatukan Selangor dalam bentuk wang tunai dan pelaburan adalah sebanyak RM2,712.85 juta,"
"Jumlah ini menandakan rizab negeri berada pada paras tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah negeri Selangor sejak tahun 1998,” katanya ketika belanjawan berlansung di dewan negeri Selangor.

Dalam sidang akhbarnya selepas itu, Khalid juga menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama Pakatan Selangor menggabungkan sebahagian daripada rizab negara ke dalam bajet.
“Tahun lepas selangor telah mengumumkan rancangan untuk menggunakan RM500 juta daripada rizab negeri untuk pelbagai projek tetapi wang itu tidak pernah dibelanjakan dan kembali ke rizab,” katanya. MK

Tiada ulasan:
Catat Ulasan