“Perkara ini jelas menunjukkan segala penat lelah dua pemimpin PKR ini dibantu oleh daya penggerak parti, badan NGO dan rakyat untuk membongkar penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC) mendapat kemenangan yang lebih besar,” ujar ketuanya, Azmizam Zaman Huri.
Katanya, AMK Selangor percaya pengguguran saman itu sebagai satu amaran kepada mana-mana individu yang mengamalkan rasuah serta penyelewengan untuk tidak semberono mengancam untuk menyaman pihak yang membongkar aktiviti mereka kerana segalanya yang dilakukan adalah untuk keadilan rakyat.
Tambahnya, individu dari parti, atau NGO ataupun rakyat perseorangan yang tampil membongkar aktiviti penyalahgunaan kuasa serta rasuah selalunya mempunyai maklumat mencukupi dan prosedur yang betul sebelum membuat tindakan.
Menurutnya lagi, AMK Selangor juga yakin, peristiwa itu memberi kekuatan kepada semua pihak untuk terus menggempur gejala rasuah yang membarah, dan yakin sekiranya undang-undang dijalankan dengan jujur, maka tiada individu yang kebal dari dihadapkan ke pengadilan.
“Justeru, tidak perlu wujud istilah takut terutama kepada anak muda seluruh tanahair yang masih terus cekal memperjuangkan tatakelola negara yang lebih baik. Keadilan untuk rakyat mesti terus dilaksanakan,” ujanya yang juga Naib Ketua AMK Malaysia. HD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan