SPECIAL ADS

23 November 2013

Suami itu jeneral, isteri itu major: Suami buat ‘general decisions’, isteri buat ‘major decisions’

Isu yang masih bergema ialah isu kos perjalanan isteri Perdana Menteri kita. Negara kita sudah ada lima isteri kepada bekas Perdana Menteri. Daripada Tun Sharifah Rodziah sehingga Tun Hendon yang selepas itu diambil alih oleh Tun Jeane. Kini kita sedang bersama isteri Perdana Menteri, Datuk Paduka Datin Seri Rosmah Mansor. Dalam ramai-ramai isteri bekas Perdana Menteri ini tidak ada siapa pun yang boleh menandingi Rosmah ini dalam hal membelanjakan wang rakyat.

Datin Paduka Rosmah merupakan seorang isteri kepada Perdana Menteri yang paling mahal untuk ditanggung oleh kerajaan dan rakyat Malaysia. Dalam pada kerajaan sedang menyusun dasar yang menjimatkan belanja, isteri PM tidak terlibat dengan pengurangan kos kehidupan semua. Rakyat seperti yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri supaya mengubah cara hidup kita semua, isterinya masih tidak mahu mengubah cara hidupnya. Kalau ada pun perubahannya ia adalah perubahan ‘from bad to worst’.
23 Nov : Kita tidak boleh membenarkan yang salah, dan menyalahkan yang benar. Kita tidak boleh mengikut jejak langkah Shahidan Kassim, yang bermatian untuk membenarkan yang salah dengan menggunakan berbagai-bagai alasan gila tentang perjalanan mahal yang terpaksa ditanggung oleh rakyat terhadap isteri Perdana Menteri, yang ayu dan jelita itu.

Dalam keadaaan ekonomi tidak menentu ini, Kabinet Malaysia masih meluluskan permohonan isteri Perdana Menteri untuk ke luar negara dengan jet eksekutif. Azalina Othman, mendedahkan yang Kabinet dipengerusikan oleh Muhyiddin meluluskan permohonan Rosmah untuk menggunakan jet eksekutif yang sangat mahal itu.
Bagaimanapun, siapa yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang meluluskan permohonan Rosmah itu tidak penting. Yang pentingnya Kabinet meluluskan permohonan itu. Oleh itu, Kabinet harus bertanggungjawab ke atas kesalahan moral dan politik Umno yang memerintah dalam meluluskan permohonan itu.
Kalau diikut cara dan etika pemerintahan kerajaan negara maju, seluruh Kabinet perlu meletakkan jawatan kerana mereka juga bertanggungjawab. Mereka yang ramai-ramai dalam kabinet itu semuanya tumpang bersalah dan mereka wajar mengambil semua ‘accountability’ itu.
Yang terbaik bagi seorang isteri Perdana Menteri ialah dengan hanya menjadi seorang isteri, seperti isteri-isteri Perdana Menteri sebelum Rosmah. Budaya kita orang Melayu, jangan sekali-kali isteri melebihi suami dalam pengurusan kerajaan terutama dalam hal Kabinet mengambil keputusan. Ini isu serius kerana banyak kepimpinan negara terhempas kerana isteri.
Suami itu ibarat seorang Jeneral dalam sesuatu keluarga dan isteri itu ibarat seorang yang berpangkat Major. Tetapi dalam kes kita di sini, suami nampaknya hanya mengambil ‘general decisions’ dan isteri pula mengambil ‘major decisions’.
Perkara seperti ini pun, mereka dalam Kabinet tidak tahu meluluskan permohonan menggunakan jet eksekutif itu adalah salah tetapi tiada siapa yang berani menolak permohonan ini.
Itulah sebabnya selalu saya katakan yang ahli jemaah Kabinet kerajaan sekarang ini, merupakan mereka yang tidak tahu dan memahami apa yang salah dan benar. Patutlah kita mendengar penerangan tentang isu ini daripada orang seperti Shahidan Kassim yang tidak tahu di mana moral dan tanggungjawab.
Kita tidak boleh mengambil isu ini sambil lewa sahaja. Rakyat sedang ditarik balik subsidi yang mereka dapati selama ini bagi berkorban untuk negara. Mereka sanggup menanggung kos kehidupan yang begitu tinggi hasil pengurangan subsidi ini. Bagaimana mereka (rakyat) hendak menerima sikap isteri seorang Perdana Menteri yang membelanjakan wang rakyat untuk jet peribadi bagi urusan yang bukan pun urusan kerajaan.
Masalahnya Kabinet yang sepatutnya bertanggungjawab pun tidak bertanggungjawab. Mereka hanya menjadi ‘pak hangguk’ kepada isteri Perdana Menteri dan ini adalah satu penghinaan terhadap rakyat yang rata-rata susah. Tidak bolehkah isteri Perdana Menteri menggunakan penerbangan MAS sahaja? Rakyat disuruhnya berkorban tetapi keluarga Perdana Menteri membelanjakan wang rakyat seolah-olah wang itu boleh dipetik dari pokok sahaja.
Apa pun alasan yang diberikan, penggunaan jet ini sememangnya tindakan tidak bertanggungjawab. Ia mesti dihentikan serta merta. Jika tidak mampu untuk memberhentikan sikap dan tindakan boros keterlaluan ini, elok seluruh Kabinet itu berhenti sahaja.
Ada orang atau pihak mesti berhenti kerana isu ini. Kita tidak lagi mahu kepimpinan bisu dan tuli memerintah kita. betul kata orang tua-tua, ‘kalau dah tuli itu, tuli juga’.
Saya menyeru kepada semua termasuk diri saya sendiri agar berusaha dengan ‘intensive’ agar kita dibuka hijab oleh Allah. Jika terbuka hijab itu insya-Allah kita akan ada sifat malu, kalau tidak banyak sedikit pun memadai.
Oleh : aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan: