SPECIAL ADS

27 November 2013

Pemimpin Umno tiada harga di mata Najib

27 Nov : Apabila bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin Umno segera tampil menyanggah pandangan itu. Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang.
Namun, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara atau MKPN sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini. MKPN ini diberi tempoh selama enam bulan untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagi tujuan itu.
Cuba lihat ahli-ahli MKPN ini:-
Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye
Ahli majlis:
Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh
Di mana pemimpin dan ahli Parlimen Umno dalam majlis itu? Kalau PAS diwakili ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa, apakah menjadi suatu kesalahan dan dosa bagi Najib untuk melantik ahli Parlimen Umno atau daripada kalangan Ahli Majlis Tertinggi Umno menganggotai majlis itu?
Kenapa dalam soal mahu mewujudkan perpaduan dan memberi idea serta cadangan ke arah mewujudkan perpaduan, Umno sebagai parti teras dalam kerajaan dipinggirkan?
Kenapa juga pemimpin daripada Perkasa atau Jati tidak dijemput sama?
Dalam MKPN ini, kalau ada pun wajah Umno di dalamnya hanyalah melalui Saifuddin Abdullah, Napsiah Omar dan Zainal Abidin Abdul Kadir tetapi Saifuddin telah kalah dalam pilihan raya dan pemilihan Umno yang lalu.
Pengamal politik baru ini sudah boleh dianggap pemimpin yang berada di luar lingkungan. Napsiah dan Zainal Abidin pula adalah bekas wakil rakyat dan sudah menjadi "orang pencen" dalam Umno.
Apakah Marina Mahathir yang pernah terlibat dengan Bersih, Sister In Islam dan turut dikaitkan dengan tuntutan Comango mahu diharapkan mewakili Umno dalam memberi cadangan dan kepentingan Melayu dalam soal perpaduan ini?
Komposisi ahli-ahli majlis MKPN ini juga seperti tidak menggambarkan realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding kaum lain. Melayu dan Umno sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN ini.
Ramai juga yang keliru mengapa Najib melantik artis Wardina menganggotai majlis ini kerana beliau diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerapkali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di Twitter.
Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang lebih senior?
Selain Melayu dan Umno diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden Umno nampaknya lebih menghargai dan memandang tinggi kewibawaan ahli Parlimen dan AJK PAS Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya.
Barangkali ini merupakan satu lagi idea cemerlang daripada Pemandu, kalangan penasihat (punah-sihat?) atau perunding luar (dipanggil juga con-sultan atau con-setan) yang telah menelan belanja RM7.2 bilion sejak lima tahun lalu.
Dan tanpa sedar, Najib telah mengesahkan pandangan Mahathir terhadapnya. 
Oleh: shahbudindotcom.blogspot.com

Tiada ulasan: