SPECIAL ADS

23 November 2013

Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Husam disahkan Naib Presiden PAS

24 Nov : Pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Asmuni Awi mengesahkan bahawa Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai naib-naib presiden PAS.
Salahuddin mendapat 917 undi, Tuan Ibrahim 849 manakala Husam mendapat  520 undi.
Dua lagi calon iaitu Datuk Mahfuz Omar mendapat 504 undi manakala Datuk Abu Bakar Chik mendapat 364 undi.
Mahfuz yang merupakan penyandang jawatan itu terkeluar daripada senarai tiga naib presiden dalam muktamar PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Malam tadi, The Malaysian Insider menyiarkan keputusan tidak rasmi kemenangan ketiga-tiga pemimpin PAS itu.
Pemerhati menyifatkan kekalahan Mahfuz sebagai usaha perwakilan untuk memastikan beliau memberikan fokus untuk merampas semula Kedah daripada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Ini memandangkan ahli Parlimen Pokok Sena itu juga adalah Pesuruhjaya PAS Kedah.
Pakatan Rakyat (PR) kehilangan negeri Kedah dalam PRU lalu selepas memerintah selama sepenggal.
Mahfuz berjaya membuktikan kemampuan PAS apabila berjaya menang dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun terpaksa berdepan dengan kerajaan negeri dan pusat.
Mahfuz juga satu-satunya ahli Parlimen PAS di Kedah yang berjaya mempertahankan kerusinya di negeri Jelapang Padi itu.
Asmuni tersasul beberapa kali ketika membuat pengumuman hari ini berkata beliau kekurangan tidur malam tadi.
Semalam ketika mengumumkan keputusan pemilihan untuk lain-lain jawatan, Asmuni memaklumkan keputusan untuk naib presiden terpaksa ditangguhkan kerana permohonan kiraan semula Asmuni akibat persaingan sengit bagi jawatan itu. -

Tiada ulasan: