SPECIAL ADS

16 November 2013

Peguam setuju ketelusan diperlukan dalam kenaikkan pangkat hakim

18 Nov : Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) perlu lebih telus dan terbuka dalam kenaikkan pangkat hakim, kata kumpulan peguam hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL).
Pengasas bersama LFL, Eric Paulsen memberitahu kepada The Malaysian Insider ketika tiada ketelusan sebenar dalam perlantikan mahupun kenaikkan pangkat para hakim.
Petunjuk paling muda adalah dalam menaikkan pangkat seseorang hakim bergantung kepada keseniorannya tapi ini tidak berlaku. Terdapat lebih banyak hakim baru yang naik pangkat daripada senior.
Paulsen memberi contoh bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Ahmad, dimana sebelum ini merupakan penasihat undang-undang kepada Umno tetapi kemudiaannya secara tiba-tiba dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan.
"Kenaikkan secara cepat Zaki tidak telus dan sudah tentu tidak mempunyai asas kriteria tertentu. Ada hakim-hakim yang lebih kanan daripada Zaki semasa beliau dinaikkan pangkat ke Mahkamah Persekutuan," kata Paulsen.
"Sebaik beberapa tahun dilantik ke Mahkamah Persekutuan, Zaki dilantik pula sebagai Ketua Hakim. Beliau tidak dikenali sangat semasa dilantik di Mahkamah Persekutuan jadi ia timbulkan rasa kurang senang."
Kenyataan Paulsen keluar sejurus ucapan oleh bekas hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham buat kali pertama selepas bersara empat bulan lalu berkata di dalam majlis anjuran Majlis Peguam Pahang di Kampus Cawangan Universiti Islam Antarabangsa di Indera Mahkota.
Singham, 65, menyeru pentadbir perundangan untuk adil kepada hakim dan pegawai mahkamah apabila melibatkan soal kenaikan pangkat, kerana ia seharusnya bebas tanpa diskriminasi dan campur tangan pihak berkuasa.
Singham berkata sistem kehakiman hanya akan bebas selepas hakim berhenti daripada menerima habuan kewangan dan pangkat dalam menjalankan tugas mereka.
"Kebebasan sistem kehakiman bergantung kepada integriti dan kesedaran setiap hakim.
"Hakim yang diamanahkan dengan kuasa dan akujanji untuk melaksanakan tugas perlu melakukannya tanpa mengharapkan balasan kewangan atau pangkat.
"Mereka tidak seharusnya menjadi galeri awam," katanya merujuk kepada hakim yang membuat sebarang keputusan bagi mendapatkan perhatian pihak berkuasa.
Paulsen bersetuju dengan komen ini Singham berkata bahawa integriti hakim individu perlu dititikberatkan.
"Bagaimanapun, ada masalah struktur yang lebih luas kerana individu yang mempunyai kaliber dan integriti tidak dinaikkan pangkat ke dalam badan kehakiman," kata Paulsen.
Peguam Perlembagaan Edmund Bon (gambar) juga menggesa penubuhan Kementerian Kebebasan Kehakiman, terpisah dan berasingan daripada kerajaan.
"Kementerian Kehakiman perlu bekerjasama dengan suruhanjaya tersebut supaya kenaikkan pangkat dan pelantikan hakim-hakim lebih telus.
"Terdapat banyak perbincangan di kalangan pengamal undang-undang mengenai beberapa hakim yang dinaikkan pangkat walaupun mereka kurang senior berbanding hakim yang lain.
"Pengasingan kuasa antara badan kehakiman, pengamal undang-undang dan Jabatan Peguam Negara perlu lebih ketara.
"Pada masa ini, beberapa majistret dan hakim mahkamah sesyen boleh dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan sebaliknya, kata Bon.
Beliau juga melahirkan harapan agar gelaran kehormatan  kepada hakim-hakim dihentikan kerana ia tersasar daripada tujuan asalnya.
"Pemberian gelaran seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk perlu dihentikan," katanya, bersetuju dengan komen Singham bahawa hakim-hakim hanya akan bebas apabila mereka berhenti mengharapkan gelaran sebagai balasan bagi menjalankan tugas mereka. TMI

Tiada ulasan: