SPECIAL ADS

4 April 2014

Putrajaya, SPRM disaman RM8 juta kerana ‘pembunuhan’ pegawai kastam

Maziah Manap (tengah), balu pegawai Kastam Diraja Malaysiam Ahmad Sarbani Mohamed, menghadiri sidang akhbar bersama peguamnya di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 April, 2014.
04 Apr - Keluarga penolong pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiga tahun lalu memfailkan tuntutan saman RM8 juta ke atas kerajaan, SPRM, ketua pesuruhjaya dan enam pegawainya hari ini.
Dengan mendakwa Ahmad Sarbaini dibunuh tanpa mengikut undang-undang oleh SPRM, isterinya, Masiah @ Maziah Manap berkata, dia mahu tahu apa sebenarnya berlaku ke atas suaminya.
Peguam N Surendran yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak Masiah dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini berkata, secara alternatifnya defendan perlu bertanggungjawab kerana menyebabkan Ahmad Sarbani jatuh dari tingkap bangunan SPRM ke atas gelanggang badminton di premis pejabatnya di Jalan Cochrane pada 6 April 2011.
Keluarga juga mendakwa defendan membuat serangan mental ke atas Ahmad Sarbani yang menyebabkan kematiannya.
"Saya yakin dia tidak bersalah. Saya perlu tahu kebenarannya," kata Masiah yang turut hadir ke Kompleks  Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Surendran berkata, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, selepas tiga tahun tidak ada seorangpun yang dipertanggungjawabkan di atas kematian pegawai kastam ini.
"Dia berapa setiap masa di bawah jagaan SPRM.  Dia dibawa untuk disoal siasat tetapi keluar sebagai orang yang mati," katanya.
Serendran menambah sehingga ke hari ini, tiada sebarang bukti Ahmad Sarbaini terlibat dengan sebarang salah laku rasuah.
Ekoran kejadian itu, satu inkues dijalankan pada bulan Disember 2011, di mana koroner menolak ia satu pembunuhan, salah laku atau bunuh diri di atas kematian Ahmad Sarbaini yang berumur 56 tahun ketika itu. TMI

Tiada ulasan: