SPECIAL ADS

2 Mei 2014

MB S’ngor: Selesai dahulu jurang pendapatan rakyat sebelum laksana GST

Khalid-Ibrahim
Kerajaan Pusat digesa menyelesaikan dahulu jurang pendapatan rakyat sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, cukai tersebut tidak sesuai dilaksana di negara ini selagi pendapatan rakyat masih tidak dikukuhkan.
“Saya tidak bersetuju dilaksanakan GST sekarang kerana jurang pendapatan antara rakyat berpendapatan rendah dan tinggi masih jauh.
“Belum masanya lagi untuk negara ini melaksanakan GST. Selesaikan dahulu jurang pendapatan rakyat,” kata Abdul Khalid di twitter hari ini.
Biarpun lebih 50,000 rakyat menghadiri himpunan membantah perlaksanaan GST di ibu negara semalam, kerajaan tetap bertegas untuk melaksanakan cukai itu pada April 2015.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dilapor berkata, kerajaan telah membuat persiapan lebih 30 tahun untuk perlaksanaan itu.
Malah kata beliau, 90 peratus penduduk dunia berada dalam negara yang telah mengamalkannya.

Tiada ulasan: