SPECIAL ADS

21 Mac 2013

Biografi Rosmah : Hanya Menjawab Fitnah Dan Adu Domba


mahathir_lancar_buku_Rosmah
21 Mac : CERITA tentang penerbitan buku biografi isteri Perdana Menteri merangkap ‘Wanita Pertama’ Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur, bukanlah satu perkara baru baru. Awal Disember tahun lepas lagi berita mengenainya telah tersebar luas berikutan majlis pra pelancarannya yang disempurnakan oleh Sultan Pahang.
Kononnya buku setebal 180 halaman itu bertujuan untuk menjawab segala ‘fitnah dan adu domba’ yang dilemparkan kepada Rosmah sepanjang menjadi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rakyat pun tertanya-tanya juga, apa fitnah yang dilemparkan kepada Rosmah?  Dah berapa banyak saman yang dikemukakan Rosmah di Mahkamah kalau benar semua tuduhan tidak baik yang dilemparkan kepadanya sebelum adalah satu fitnah?  Bukan satu rahsia, di negara ini hanya ada satu jalan saja untuk mematahkan fitnah, saman.
Kalau ada saman baru boleh dipanggil fitnah, kalau tidak ada saman, bukan fitnah.
Tapi itu tidak penting, yang penting ialah, kenapa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri sanggup hadir untuk merasmikan biografi penuh mengenai Rosmah ini?
Pada pendapat suarapakatanrakyat.com, Mahathir tidak perlulah bersekongkol dengan Rosmah, lebih-lebih lagi dalam umurnya sekarang.  Takut nanti, elok-elok rakyat kenang Mahathir sebagai Negarawan Ulung, dah bersekongkol dengan Rosmah, langsung jadi Negarawan Polong.
Maklum sajalah, negara kita masih tidak habis lagi dengan puaka Rosmah yang sedang mengganas, paling tidak 2 nyawa dah melayang yang boleh dikaitkan dengan puaka tersebut, lagi Mahathir mahu merendahkan maruahnya dengan merasmikan buku Rosmah.
Itupun kalau benda itu (maruah) masih adalah.
Apa pun inilah rupanya bagi seorang bekas pemimpin yang banyak membuat onar semasa berkuasa dulu.  Tak payah susah-susah Pakatan Rakyat menjatuhkan imej Mahathir, imej itu jatuh dengan sendiri apabila dia hadir merasmikan buku Rosmah ini.
Bijak-bijak Mahathir seperti yang disebutkan ramai orang pun, rupa-rupanya banyak juga bodoh orang tua ni.
Sepatutnya Mahathir merujuklah kepada bijak pandai agama seperti Dr. Asri Zainul Abidin (Maza) sebelum bersetuju untuk merasmikan buku Wanita Puaka (bukan Wanita Pertama ya)  ini.  Maza awal-awal lagi telah menyarankan rakyat supaya tidak membazirkan wang untuk membeli buku tersebut.
Oleh: Suara Pakatan Rakyat

Tiada ulasan: