SPECIAL ADS

21 Mac 2013

Najib Altantuya 'Nazak' Minta Nyawa!!!

21 Mac : Melihatkan kepada kebangkitan rakyat yang semakin jelas menolak Barisan Nasional (BN) menjelang pilihanraya umum akan datang, nampaknya apa sahaja digunakan hatta menggunakan pengaruh ahli keluarga untuk mendapat kembali sokongan.

Itulah yang dilakukan ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, Nazir Razak secara terbuka menyatakan sokongan agar abangnya, Najib Altantuya akan dikekalkan susulan pilihanraya yang dijangka dalam tempoh dua minggu ini.

Sokongan itu timbul ketika BN kini berdepan dengan kemungkinan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihanraya ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Nazir dalam satu wawancara stesen Bloomberg TV berkata abangnya itu kononnya mempunyai sasaran jelas dari segi transformasi ekonomi.

“Jika ada perubahan di situ, ia akan mengecewakan pelabur dan mereka perlu melihat semula pandangan mereka ke atas Malaysia," katanya.

Pandangannya jelas sesuatu yang tidak masuk akal kerana pelabur asing kini menunggu keputusan pilihanraya sebelum membuat keputusan.

Para pengkritik ekonomi menyatakan kenyataan yang dibuat Nazir jelas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sokongan terhadap BN tetapi tidak menjelaskan lanjut analisisnya.

Laporan itu menambah, Nazir seharusnya kebih cermat dalam mengeluarkan sebarang sokongan berbau politik walaupun Najib Altantuya merupakan perdana menteri kerana dia mempunyai tanggungjawab sosial tanpa mengira fahaman politik.


Sebenarnya, Nazir dipercayai diarahkan sendiri Najib Altantuya untuk kembali meyakinkan pengurus dana dan pelabur asing tentang keupayaan dan kestabilan di bawah pemerintahan rejim BN namun hakikatnya dapat dibuktikan dengan peningkatan indeks rasuah serta serta ketirisan besar wang rakyat seperti didedahkan Transparency International (TI).

Malah, pembentangan keputusan ETP dan GTP gagal menaikkan indeks saham di Bursa Malaysia, satu petanda bahawa pelabur dan pengurus dana menolak hasil yang sungguh meragukan termasuk paras kemiskinan yang diunjur hanya setakat 1.7 peratus.

Hakikatnya, Malaysia mengalami kadar kemiskinan 19 peratus, jauh lebih buruk jika dibandingkan dengan Jepun dan Amerika Syarikat, masing-masing pada 15 peratus.

Jadi kenyataan Nazir kepada pelabur asing melalui stesen berita perniagaan berpengaruh itu jelas satu lagi bukti Najib Altantuya kini terdesak mencari kembali pengaruh di saat Pakatan Rakyat semakin yakin menguasai kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum.

Dengan CIMB kini diselubungi dengan piket dan demonstrasi saban minggu oleh kakitangannya sendiri, kenyataan Nazir ibarat melondehkan seluar sendiri dan abangnya tanpa disedari.

Dan dia tahu, sekiranya abangnya yang mengepalai BN dan tewas dalam pilihanraya paling getir ini, kerjayanya akan turut berada nun di hujung tanduk.

Mengambil kata-kata seorang pengurus dana, ada hati nak pengaruh tauke (bos) pelabur, piket staf sendiri pun tak boleh selesai!

Rayuan yang sama sekali langsung ditertawakan komuniti perniagaan antarabangsa seluruh dunia!

Oleh : Jalan Pulang

Tiada ulasan: