SPECIAL ADS

21 Mac 2013

Selangor Terajui Konsep Rumah Mampu Milik Pasang Siap


MB Seminar Rumah Mampu Milik 01
SUBANG JAYA, 21 MAC : Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang bakal memajukan konsep perumahan mampu milik pasang siap bagi memenuhi permintaan kediaman terutamanya untuk golongan berpendatapan rendah.
Melalui penggunaan konsep pasang siap atau Pre Fabricated (IBS), kos pembinaan rumah dapat dikurangkan manakala tempoh pembinaan dapat dipendekkan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, berdasarkan pengalaman pemaju, sebuah sekolah mengambil 18 bulan untuk disiapkan melalui cara pembinaan biasa.
Tetapi melalui konsep pasang siap, ianya dapat disiapkan dalam tempoh lima bulan.
MB Seminar Rumah Mampu Milik 02Keadaan ini membuktikan sistem ini sangat efektif dan “value for money” (memberi nilai untuk setiap sen yang dibelanjakan) untuk dikembangkan, ujar Abdul Khalid.
“Dari segi kos saya dapati, kalau mereka menggunakan sistem yang dicadangkan ini dapat dikurangkan kepada RM 100 satu kaki persegi.
“Ada juga diantara mereka menyatakan membina sehingga RM 60 satu kaki persegi.
“Saya anggap angka-angka ini sangat value for money,” katanya selepas majlis perasmian ‘New Approaches on Development of Affordable Homes by Using Pre Fabricated (IBS) Concept in Selangor.
Dalam isu yang sama Abdul Khalid menggesa, keluarga berpendapatan isi rumah sebanyak RM 3,000 hingga RM 5,000 sebulan dan berumur 45 tahun kebawah untuk mendaftar dengan Lembaga Perumahan Selangor untuk memasuki skim Rumah Mampu Milik.
Setakat ini, hampir 7,300 orang telah mendaftar sejak tahun 2010/2011.
“Kita akan membuka satu pangkalan data dan layar mendaftar online untuk makluman orang awam berkaitan konsep rumah mampu milik ini,” ujarnya lagi.
Bertempat di Hotel Grand Dorsett, seminar ‘New Approache*s on Development of Affordable Homes by Using Pre Fabricated (IBS) Concept in Selangor’ merupakan anjuran Kerajaan Selangor dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Seminar ini susulan daripada pengumuman Abdul Khalid Disember lepas yang Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM 50 juta untuk membina rumah mampu milik Selangor dengan menggunapakai konsep pasang siap.
Turut hadir sama Exco Perumahan Selangor, Iskandar Abdul Samad, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datin Paduka Alinah Ahmad.

Tiada ulasan: