SPECIAL ADS

21 Mac 2013

Selangor Bina 5,000 Unit Rumah Mampu Milik Pasang Siap Dalam Lima Tahun


rumah mampu milik sept 2012 01
SUBANG JAYA 21 MAC : Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mensasarkan untuk membina 5,000 unit rumah mampu milik dalam lima tahun akan datang dengan menggunakan konsep pasang siap Pre-fabricated (IBS).
Ketua Bahagian Perumahan LPHS, Mohamad Hafiz Hassan menjelaskan, untuk permulaan, peruntukkan RM 50 juta akan digunakan sebagai dana pusingan bagi tujuan membangunan projek perintis rumah mampu milik itu.
Projek tersebut dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2013.
“LPHS diberikan mandat untuk menyelaras projek ini yang dianggarkan menawarkan lebih 250 unit di kawasan Lembah Klang di atas tanah milik Kerajaan Negeri dengan keluasan tiga hingga lima ekar yang sedang dikenalpasti.
“Selanjutnya Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sekurang-kurangnya sebanyak 5,000 unit rumah dengan konsep ini dalam tempoh lima tahun sehingga tahun 2017,” katanya dalam satu kenyataan media.
Menurut Mohamad Hafiz, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji insentif khas untuk mengalakkan pemaju swasta menggunakan konsep pre-fabricated IBS.
Insentif tersebut termasuk mengenakan kadar premium tanah yang nominal dan pengecualian sumbangan ‘Improvement Service Fund’ atau dana perkhidmatan penambahbaikan.
Beliau menambah, rumah mampu milik pasang siap ini merupakan penambahan kepada dasar rumah mampu milik yang dijalankan Kerajaan Selangor dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Sehingga kini, sebanyak 2,151 projek rumah mampu milik telah dimulakan pembinaan.
Dianggarkan sebanyak 10,407 unit rumah lagi akan dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sehingga tahun 2021.

Tiada ulasan: