KUALA LUMPUR 22 MAC: Keinginan Datuk Seri Nazir Razak supaya abangnya kekal sebagai Perdana Menteri dipercayai bertujuan memudahkan ‘kerja’ mengkayakan anak beranak dan kroni.
“Ini membuktikan jika Datuk Seri Najib Razak bukan Perdana Menteri, seolah-olah tiada lagi amalan mengkayakan kroni, rasuah. Jadi susah untuk kawal kewangan.
“Kekayaan kroni dan anak beranak bergantung kepada Najib, adiknya sendiri mungkin hanya tumpang kuasa untuk jadi CEO,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kepadaKeadilan Daily.
Nazir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB, adalah adik kepada Perdana Menteri itu.
Nazir dalam wawancara dengan stesen Bloomberg TV dilapor, berkata abangnya itu kononnya ada sasaran jelas dari segi transformasi ekonomi.
Jika berlaku perubahan, beliau dipetik berkata, ia kononnya mengecewakan pelabur dan terpaksa menilai kembali pandangan mereka terhadap Malaysia.
Mengulas lanjut, Azan berkata, Nazir sebagai seorang profesional dalam bidang perniagaan, tidak wajar membuat kenyataan seumpama ahli politik.
“Patutnya cakap, sesiapapun jadi Perdana Menteri selepas PRU 13 akan dapat beri kestabilan ekonomi dan bawa polisi baik,” katanya.
Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu itu turut menyindir Nazir yang risau dengan kedudukannya dalam dunia perbankan jika berlaku perubahan kerajaan.
“Adakah Nazir selama ini hanya bergantung kepada pengaruh abangnya?” kata beliau.
Kebelakangan ini, kakitangan CIMB kerap mengadakan piket di beberapa negeri berikutan mereka berasa kebajikan mereka diabai majikan.
Oleh: Norutul Ilham
Tiada ulasan:
Catat Ulasan