SPECIAL ADS

21 Mac 2013

Sarawak for Change


KUALA LUMPUR 21 MAC: KEADILAN melancarkan kempen ‘Sarawak for Change’ bertujuan membawa perubahan kepada rakyat negeri itu yang sekian lama ditindas pemerintahan Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud.
Sempena kempen itu, laman sarawakforchange.org dilancar untuk mempergiat kempen berkenaan.
Ia juga bagi mengumpul dana pilihan raya dengan tema ‘sumbang RM30 untuk kalahkan Taib’.
Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata, kempen ini sangat penting untuk persediaan PRU 13 dan merubah pentadbiran kerajaan negeri.
“Ini adalah pergerakan rakyat Sarawak untuk bawa perubahan di Sarawak.
“Selama ini, BN anggap Sarawak sebagai ‘simpanan tetap’ mereka. Kita seru rakyat untuk bantu kita pada pilihan raya akan datang,” katanya.
SarawakBeliau berkata demikian semasa pelancaran kempen itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN semalam.
Hadir sama, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kerian, Ali Biju dan Adun Batu Lintang, See Chee How.
Dalam pada itu, Anwar menyambut baik usaha tersebut dan mengajak seluruh rakyat menyokong kempen berkenaan.
“Kita sokong langkah Pakatan Rakyat dan KEADILAN Sarawak yang mahu jana perubahan di sana. Untuk itu, kita harus berjuang, bergerak dalam lingkungan (kawasan) yang sangat sukar dan sangat jauh.
“Saya harap usaha ini dapat dokongan dan bantuan (dari rakyat) untuk beri mereka kekuatan bagi menumbangkan BN di Sarawak, juga di Malaysia,” kata Anwar.

Tiada ulasan: