SPECIAL ADS

22 April 2013

Umno dera Melayu Kelantan


KUALA LUMPUR 22 Apr : Walaupun Umno-BN mendakwa partinya memperjuangkan nasib orang Melayu, tindakan mereka menyekat bayaran petroleum kepada Kerajaan Kelantan merupakan penderaan terang-terangan terhadap rakyat negeri itu.

Apabila ditemui telaga minyak di perairan Kelantan, Petronas, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan telah pun memetrai perjanjian menerusi Akta (Pembangunan dan Petroleum) 1974 dengan persetujuan dibayar royalti sebanyak 5 peratus setahun kepada Kerajaan Kelantan.

Perjanjian tersebut dimetrai pada tahun 1975, tetapi apabila pemerintahan Kelantan bertukar kepada PAS, perjanjian itu terus diketepikan oleh Kerajaan Persekutuan, walaupun ia jelas bertentangan dengan undang-undang.

Sehingga kini, tunggakan royalti petroleum 5 peratus kepada Kelantan terkumpul berjumlah RM7 bilion sejak 2005 dan sekiranya tunggakan itu dibayar, pasti banyak manfaat diperolehi rakyat Kelantan kerana ia boleh digunakan oleh kerajaan bagi pelaksanaan pelbagai jenis pembangunan dan kebajikan kepada negeri dan rakyatnya.

Tindakan mengabaikan bayaran royalti kepada Kerajaan Kelantan tidak sepatutnya berlaku, namun disebabkan sikap yang tidak bertanggungjawab Kerajaan BN dan ditambah lagi dengan permainan politik kotor, tindakan itu diambil Umno-BN sejak lebih 20 tahun lalu, sehingga menyebabkan kerajaan dan rakyat Kelantan dinafi kan hak mereka.

Pada hal, Kelantan negeri orang Melayu kerana pemerintah dan majoriti rakyatnya Melayu, tetapi disebabkan amalan politik sempit, pemimpin Umno-BN tergamak menganiaya dan mengkhianati kerajaan dan rakyat Kelantan dari kalangan bangsa yang serupa dengannya sendiri. Pengkhianatan ini amat mengecewakan semua pihak, termasuk di kalangan pengamal undang-undang dan ia jelas bukti Umno sememangnya mengkhianati orang Melayu.

Tiada ulasan: