SPECIAL ADS

10 Mac 2013

Adakah tarikh PRU 13 terbubar dengan sendiri secara otomatik?



Datuk Seri Najib Razak  pernah berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada 28 April tahun 2013.

Perdana Menteri berkata masa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada banyak faktor.

"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun 2013.

"Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN)," katanya.

"Kalau kita fikir dalam perjuangan soal menang atau kalah soal lain, kalau nak berjuang kita mesti ada ketahanan. Untuk teruskan perjuangan, apa-apa yang kita nak capai tidak mungkin dapat dizahirkan dalam masa yang begitu singkat," katanya.

Parlimen Malaysia akan terbubar dengan sendirinya pada tanggal 28.4.2013


Tarikh pembubaran Dun di setiap Negeri di Malaysia 

Negeri Sembilan 29.3.2012

Pahang 7-4-2013

Melaka 26.4.2013

Perlis 28-4-2013

Kelantan 28.4.2013

Sabah 29.4.2013

Kedah 2-5-2012

Pulau Pinang 2-5-2013

Terengganu 5-5-2013

Johor 21-3-2012

Selangor 22-4-2013


Sebanyak 200,000 petugas pilihan raya telah bersiap sedia menjalankan tugas masing-masing sebaik tarikhnya diumumkan Perdana Menteri.

SPR membersihkan senarai daftar pemilih setiap hari dengan menyemak secara online dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana JPN mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu adalah warganegara atau bukan warganegara.
    
"Cukuplah cerita dan tohmahan mengenai data pemilih tidak bersih.. tidak ada satu data pemilih dalam dunia yang seratus peratus bersih tetapi SPR sebaik mungkin hendak menyediakan data pemilih yang sebersih mungkin," katanya.
    
Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat, bantahan ataupun perkara seperti rasuah, penyogokan dan lain-lain pada PRU-13 nanti dan mempunyai bukti, mereka boleh menyalurkannya kepada pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Tiada ulasan: