SPECIAL ADS

18 Mac 2013

Ahmad Said Sudah 3 Kali Tarik Balik Saman Royalti

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita17/DSC_0030.jpg
Sekretariat Royalti  Terengganu  ®  di  bawah   Majlis   Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat)   menyeru seluruh    Rakyat Terengganu  yang bermaruah dan berdaulat  untuk   bersama turun   pada hari Rabu bersamaan 20 Mac 2013  ini  bagi mendesak Menteri Besar (MB) Terengganu bertanggungjawab keatas saman Royalti yang  telah  ditarik  balik  pada  21 Mac  2012.    

®   akan   menghantar   Memorandum bersama dengan tandatangan Rakyat  seluruh negeri Terengganu yang mahukan MB bertanggungjawab  keatas  penarikan  balik  saman  kepada  Petronas  dan Kerajaan Persekutuan.    Penyerahan  akan  diketuai   oleh   YM   Tengku   Seri  Paduka Raja Tg Ibrahim.

Tujuan perhimpunan Pulangkan Royalti (PR) adalah bagi menyatakan kedukacitaan terhadap MB diatas penarikan balik saman yang dibuat kerajaan negeri pada tahun 2012. Kalau sekiranya tahun 2000 merupakan tahun “Dukacita” bagi seluruh Rakyat Terengganu kerana bermulanya tarikh pengkhianatan di mana Royalti mula tidak diberi kepada kerajaan Negeri, tahun 2012 adalah tahun “Gelap Gulita” kerana saman Kerajaan Negeri telah ditarik kembali selepas 12 tahun menanti dan dipermainkan.

Mengikut perkiraan ® sudah 4 kali Rakyat Terengganu di Tipu dengan janji-janji untuk mengembalikan ® Terengganu, namun sehingga kini janji hanyalah tinggal janji, Janji tidak Ditepati. Berikut adalah Kronologi Penipuan Janji-Janji di Lebongi bagi mengembalikan Royalti;

1.    Penipuan Pertama      14 Jun 2008, Oleh  Tun Abdullah Ahmad Badawi
2.    Penipuan Kedua         13 Disember 2008, oleh Datuk Seri Najib Tun Razak
3.    Penipuan Ketiga         11 Mac 2011, oleh Datuk Ahmad Said
4.    Malang bagi Rakyat      21 Mac 2012, Saman  ® di tarik balik…

Isu Royalti, ® adalah isu hak, maruah dan kedaulatan negeri dan juga Sultan. ® bukan isu politik dan sangat berharap ianya tidak akan dipolitikkan kerana sejarah membuktikan sekiranya isu Royalti dipolitikkan, yang rugi adalah Rakyat Terengganu, kerana hasil mahsul yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan Rakyat Terengganu, sebaliknya yang mendapat manfaat adalah orang lain. Sebagai ahli politik atau orang “bernama”, ® berharap Datuk Seri MB boleh merenung seketika, apalah ertinya kedudukan kita sebagai MB sekiranya kita dikenang sebagai Pengkhianat kepada perjuangan Rakyat diatas dosa-dosa yang kita lakukan mengkhianati Hak, Maruah dan Kedaulatan negeri tercinta.

Royalti, ® berharap agar MB dapt menunaikan segera janji untuk memastikan Royalti dkembalikan ke bumi Terengganu seperti yang dijanji dan TOLONG jangan bersikap “kluk klek”. Royalti, ® berjanji sekiranya Royalti tidak dikembalikan sebelum PRU 13, ® akan “menyingsing tangan” terjun ke Medan, berkempen supaya Rakyat menolak keranaan pimpinan MB yang sedia ada dan bersedialah menjadi pembangkan selepas PRU 13. ® akan membuat panggilan JIHAD kepada pemuda Terengganu bagi memastikan Hak dan Maruah anak Terengganu di martabatkan semula…. Inilah janji kita…dan janji kita pasti diTepati….. Justeru, fikir-fikirkanlan demi survival kamu. Jangan anda  ditolak oleh rakyat Terengganu kerana kejahatan anda mengkhianati Rakyat sendiri kerana Rakyat Terengganu telah letih di lebong oleh anda semua. Pulangkan Royalti (PR) kami.

“ KEMBALIKAN HAK, MARUAH DAN KEDAULATAN RAKYAT TERENGGANU ”

MOHAMAD FAUZI ABU SAMAH
PENGERUSI R TERENGGANU
18 Mac  2013

Tiada ulasan: