SPECIAL ADS

10 Mac 2013

Apakah cara ini strategi BN untuk menang?

Berjuta-juta ringgit BN berkempen untuk menang. Sanggup jemput PSY Gangnam style dari Korea Selatan untuk menarik perhatian orang ramai.  Sebagai negara Islam sebagai agama resminya,  alangkah baiknya  menggunakan duit berjuta-juta ringgit ini untuk aktiviti amal... ..mudah-mudahan mendapat hidayah dan keberkatan dari maha yang esa.



Persoalan
Inikah yang hendak dicerminkan kepada anak bangsa?  Inikah yang hendak mewujudkan budaya dalam UMNO atau BN amnya?   Inikah yang hendak ditauladankan kepada masyarakat Malaysia?  Inikah yang hendak dicontohi generasi muda?  Inikah gaya kepemimpinan Umno dan BN untuk menarik pengundi?

Hakikat
Ternyata Umno/BN telah terdesak untuk menarik perhatian pengundi!  Ternyata Umno/BN tiada idea dalam menarik orang ramai! Ternyata Umno/BN ini suka kepada hiburan yang menggila!  Ternyata Umno/BN ini lebih suka sosial berlebihan!  Ternyata Umno/BN ini mengundang anak-anak muda pada gejala-gejala yang merosakan akidah dan budaya Melayu yang selama ini disanjungi di nusantara!

Diskripsinya
Dimana tatabudaya Melayu yang bersusila..Dimanakah kesopanan dan kesusilaan yang dipegang selama ini..Dimanakah kepimpinan melalui tauladan yang ditanamkan kian lama....

Realitinya
Umno/BN terpesong dari landasannya.  Umno/BN ini sekarang mengamalkan budaya samseng.  Umno/BN sekarang sudah lari dari prinsipnya.  Umno/BN sekarang fikirkan kroni dalam merobek kekayaan Negara!!!

Oleh:  Anak Bangsa.Yang Kecewa