SPECIAL ADS

7 Mac 2013

Aquino mahu Sultan Sulu didakwa di Filipina terlebih dahulu

KUALA LUMPUR, 7 Mac — Presiden Filipina Benigno Aquino III mengatakan hari ini pentadbirannya mahu menghukum Jamalul Kiram III dan orang-orangnya di Filipina sebelum mengekstradiksi Sultan Sulu itu ke Malaysia untuk didakwa diatas pertuduhan menjadi perancang terhadap pemberontakkan bersenjata di Sabah.
Saluran televisyen ABS-CBN News melaporkan presiden Filipina berkata negara tersebut tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Malaysia tetapi terdapat mekanisme lain yang membolehkan Jamalul diekstradiksi seperti persetujuan bersama bantuan guaman di bawah ASEAN.
“Dari perspektif saya.. biarkan rakyat dalam negara untuk berhadapan dengan pendakwaan yang kita akan [sediakan] terlebih dahulu kemudian kita bincang tentang perkembangan lain selepas berpuas hati dengan kehendak undang-undang kita,” kata Aquino (gambar) dipetik dari laman sesawang saluran tersebut.
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman mencadangkan semalam kemungkinan untuk memohon ekstradiksi Jamalul, yang mana 200 orang askar bersenjatanya telah menceroboh Lahad Datu di Sabah semenjak 9 Febuari.
“Ketua kumpulan tersebut telah membuat kenyataan yang membangkitkan kemarahan dan kebencian. Apakah Filipina mempunyai undang-undang untuk membawanya ke muka pengadilan?
“Jika tidak, mungkin kita akan meminta Filipina menyerahkannya kepada kita.
“Kita tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Filipina tetapi ianya boleh dilakukan dengan semangat ASEAN,” kata Anifah dipetik dari agensi berita Perancis AFP.
Menyokong saranan itu, Menteri Undang-Undang Leila De Lima dilaporkan berkata oleh The Philippine Inquirer, mendakwa Jamalul di Filipina lebih menjadi keutamaan kepada pemerintah daripada menghantar beliau ke Malaysia untuk berhadapan dengan lebih banyak pendakwaan jenayah.
Akan tetapi beliau mengatakan pemerintah masi memperlajari kemungkinan untuk mengekstradiksi lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu itu — dikatakan bertanggungjawab terhadap pertempuran berdarah di Sabah.
“Kami akan mengkaji (ekstradiksi) tetapi keutamaan sekarang adalah untuk memfailkan kes di sini. Kita tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Malaysia tetapi mungkin terdapat mekanisme yang boleh digunakan,” De Lima dilaporkan berkata.
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman mencadangkan semalam kemungkinan untuk memohon ekstradiksi Jamalul, yang mana 200 orang askar bersenjatanya telah menceroboh Lahad Datu di Sabah semenjak 9 Febuari.
“Ketua kumpulan tersebut telah membuat kenyataan yang membangkitkan kemarahan dan kebencian. Apakah Filipina mempunyai undang-undang untuk membawanya ke muka pengadilan?
“Jika tidak, mungkin kita akan meminta Filipina menyerahkannya kepada kita.”
“Kita tidak mempunyai perjanjian ekstradiksi dengan Filipina tetapi ianya boleh dilakukan dengan semangat ASEAN,” kata Anifah dipetik dari agensi berita Perancis AFP.
Militan Filipina diketuai oleh adik Jamalul, Agbimuddin Kiram.
Kekecohan timbul di Lahad Datu pada Jumaat lalu apbila pasukan keselamatan Malaysia dan militan Sulu terlibat dalam pertempuran bersenjata yang menyebabkan 20 orang maut termasuk lapan polis Malaysia.
Ekoran itu, pasukan keselamatan di sini bertindak membalas serangan militan Filipina pada Selasa lalu secara habis-habisan, menandakan Putrajaya bertindak tegas terhadap kumpulan lelaki bersenjata yang menceroboh.
Hanya beberapa jam sebelum jet pejuang masuk ke Kampung Tanduo di Lahad Datu untuk menggugurkan bom dan melepaskan tembakan meriam ke atas pemberontak, pegawai tinggi kerajaan dari Malaysia dan Filipina bermesyuarat bagi mencari kemungkinan untuk menamatkan kebuntuan secara aman.