SPECIAL ADS

17 Mac 2013

Badan hak asasi manusia Manila akan jumpa Suhakam

Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan Sulu adalah 66 orang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR, 17 Mac — Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Filipina (CHR) merancang untuk bertemu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menekankan isu keganasan keatas warga Filipina di Sabah, lapor akhbarSTAR Filipina hari ini.
Laman akhbar Filipina tersebut memetik pengerusi CHR,  Loretta Ann Rosales hari ini berkata penting untuk menumpukan terhadap pelanggaran hak asasi manusia keatas warga Filipina, susulan pencarian penceroboh Sulu.
“Keutamaan adalah keatas rakan Filipina kami. Kami patut lakukan sesuatu untuk bantu dan selamatkan mereka,” kata Rosales dipetik dari laman berita STAR itu.
“Malahan ia akan membawa lebih berpersefahaman antara kedua-dua kerajaan. Pejabat CHR kami dan mereka akan dapat berkongsi pengalaman dalam menangani perbezaaan isu hak asasi manusia dan pelanggaran yang dilakukan oleh kedua-dua negara,” tambah beliau tetapi tidak menyebut tarikh pertemuan tersebut.
Laporan mendakwa penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa pemburuan penceroboh Sulu menjadi perkara yang dibangkitkan Filipina serta kebimbangan peningkatan pelarian ekoran warga Filipina yang takut lari menyelamatkan diri.
Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti pelanggaran hak asasi manusia seperti dilapor media Filipina dibekalkan, serta Putrajaya juga mendakwa tuduhan tersebut sebagai “palsu”.
Rosales berkata wakil CHR akan pergi ke Timor Timur untuk berbincang isu tentang konflik Sabah dan lain-lain isu hak asasi manusia bersama dengan negara lain, termasuk Malaysia, Thailand dan India.
“Isu seperti anti-penyeludupan, hak asasi kanak-kanak, antara yang akan dibincangkan. Tetapi kita perlu pastikan ia disini bahawa kejadian di Sabah akan dilihat diperingkat kemanusiaan dan bagaimana memasukan elemen perlindungan sosial keatas mereka yang terlibat,” kata beliau.
“Ops Daulat” yang dilancarkan bertujuan mengusir penceroboh bersenjata semakin berakhir, namun ketua kumpulan penceroboh Filipina Agbimuddin Kiram masih lagi belum ditemui, pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan dia masih bersembunyi di sekitar Lahad Datu.
Rabu lepas, Presiden Filipina Benigno Aquino III dilaporkan mengarahkan pegawai rasmi kerajaannya untuk menghantar bekalan makanan dan memulakan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina ― termasuk pendatang haram yang masuk mencari pekerja ― yang mana ratusan mereka telah pulang semula republik tersebut sejak Jumaat lalu.
Media Filipina melaporkan tuduhan terhadap penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya semasa serbuan oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa mencari saki baki penceroboh serta keatas mereka yang bersimpati terhadap kumpulan Sulu tersebut yang mendarat di Lahad Datu sejak bulan lepas.
Ketika ini, ramai pemimpin Filipina mendesak pentadbiran Aquino untuk memfailkan aduan kepada Putrajaya atas tuduhan penderaan warga Filipina yang didedahkan semasa pulang ke negara tersebut sejak konflik berdarah tersebut berlaku.
Bantilan Esmail II, abang kepada “Sultan” Sulu Jamalul Kiram III, dilaporkan olehPhilippine Daily Inquirer pada Selasa lalu berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah didakwa melayan buruk warga Filipina di Sabah sejak sebelum berlaku pencerobohan itu lagi.
Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan Sulu adalah 66 orang, termasuk 56 penceroboh Sulu dan lapan pasukan polis serta seorang askar, serta seorang remaja yang tidak diketahui kewarganegaraannya.

Tiada ulasan: