FLASHBACK: "Hakikatnya, ramai peneroka Felda masih terluka dan terguris dengan kata-kata Najib, "Haram Jadah". Walaupun Najib menujukan kata-kata ini kepada segelintir peneroka tetapi ibarat 'Cubit paha kiri, akan terasa dipaha kanan' kepada rakan seperjuangan dalam peneroka Felda. Bahasa yang diungkap begitu kasar, begitu menusuk kalbu.
Najib melafazkan ungkapan ' Haram Jadah' kepada 40,000 peneroka yang hadir pada pengumuman durian runtuh itu di Felda Jengka 8 pada 8 Mei 2012 yang lalu menggambarkan kepada lapan peneroka yang telah memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad. Najib mengungkapkan perkataan haramjadah itu dengan diulang-ulangnya tiga kali di hadapan 40 ribu warga Felda dan disiarkan secara langsung oleh televisyen.
Nota :Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka - Edisi Keempat - 2005 Maksud Haram Jadah (zadah) dalam kata makian (anak yang tidak sah) atau kata makian secara am (celaka)
Menurutnya, ucapan itu amat mengaibkan, diibaratkan sebagai satu penghinaan yang boleh menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat. Apa hukumnya seorang pemimpin memanggil rakyatnya sebagai haramjadah...”
Kenapa sampai hati Perdana Menteri aku cakap macam tu. Itu petanda tidak baik dan kata-kata tersebut telahpun melukakan hati jutaan peneroka Felda dan rakyat Malaysia amnya.
Tidak bolehkah guna perkataan yang lebih sesuai seperti tak kenang budi atau guna perkataan 'saya tak redha'.
Budaya pemimpin macam ini, akan merosakan minda dan akhlak generasi kita dan berharap apabila mendapat pemimpin selepas PRU 13....carilah pemimpin yang baik budipekerti dan adapnya.
Oleh: Peneroka Felda Yang Kecewa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan