SPECIAL ADS

5 Mac 2013

Biar hilang nyawa!!! Ramai mempersoalkan kenyataan Najib.



[Ramai pihak kini mula menuding jari kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak berkaitan dengan beberapa kematian yang melibatkan anggota keselamatan negara dalam isu pencerobohan di Sabah sekarang ini. Biar pun motif kejadian itu masih tidak berapa jelas lagi, namun ramai yang melihat ia adalah salah satu usaha terdesak Najib untuk terus mempertahankan Putrajaya. 

Umum mengetahui beberapa orang Ahli Parlimen di Sabah sudah meninggalkan UMNO BN mutakhir ini. Malah difahamkan ramai lagi yang akan berbuat demikian (sokong pembangkang) selepas parlimen dibubarkan. Maka itulah, langkah terakhir untuk pertahankan Putrajaya ialah dengan menimbulkan keadaan huru-hara di negeri terbabit agar pilihanraya ditanggunhkan di Sabah. 

Masih kita ingat peristiwa "16 September" di mana ramai dikalangan wahli parlimen dari Sabah juga dikatakan terlibat dan ini memberi tekanan kepada BN untuk terus mengekalkan kuasa. Apabila pilihanraya ditangguhkan di negeri itu, maka harapan untuk Najib mempertahankan Putrajaya pasti akan tercapai apabila pembangkang gagal mendapat kerusi secukupnya untuk membentuk kerajaan akibat tiada sokongan dari negeri itu. 

Persoalan kenapa satu persatu nyawa melayang di Sabah juga mungkin ada kaitan dengan ikrar Najib pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dimana beliau mengajak ahli UMNO mempertahankan Putrajaya daripada sebarang percubaan  merampasnya biar pun kehilangan nyawa. Apakah semua yang terjadi di depan mata kita ini ada kaitan dengan kenyataan Najib itu agaknya].

Tiada ulasan: