SPECIAL ADS

17 Mac 2013

Fitnah III: Amalan politik jijik desparado Umno ditolak rakyat


JINGGA 13 mengutuk tindakan despardo UMNO yang dilihat semakin kotor dan jijik, yang ternyata mendalangi fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU 13 terhadap penyebaran gambar-gambar lucah oleh blogger dan cybertrooper UMNO dalam media sosial.
Kalau dulu Dato T menghidangkan susuk tubuh yang gempal dan buncit bermirip Datuk Seri Anwar kali ini dengan gambar yang lebih muda dan tegap berbanding keadaan usia sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah membuktikan gambar-gambar tersebut ternyata adalah merupakan fitnah.
jingPihak polis sewajarnya mengambil tindakan tegas dan serius terhadap mereka yang terlibat dalam penyebaran gambar-gambar lucah ke muka pengadilan dan bukan bersikap dwi standard.
Keyakinan bahawa tindakan para blogger dan cybertrooper UMNO sehingga berani bertindak sedemikian bagi tujuan menjatuh dan mengaibkan kredebiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi oleh pimpinan tertinggi UMNO yang sudah bankrup moral dan integriti serta ketakutan amat sangat untuk berdepan dengan PRU 13 yang sehingga sekarang Datuk Seri Najib Razak tidak berani membubarkan parlimen.
JINGGA 13 amat berkeyakinan bahawa rakyat Malaysia sudah muak dengan hidangan fitnah yang dihidangkan oleh UMNO dan akan menolak mentah-mentah fitnah berterusan yang tidak masuk akal terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan undang-undang adalah langkah terbaik ke atas semua mereka yang terlibat dalam penyebaran gambar-gambar lucah tersebut.
JINGGA 13 yakin bahawa rakyat Malaysia akan bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat serta menolak UMNO yang semakin tertekan sehingga bertindak menggunakan politik jijik dan memualkan.
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Tiada ulasan: