SPECIAL ADS

8 Mac 2013

Tiada kecederaan terbaru atau penangkapan di Sabah


LAHAD DATU, 8 Mac — Tiada bantuan tiba di Kota Kinabalu dan Tawau bagi membantu kumpulan militan Sulu untuk menuntut kembali Sabah, kata pihak berkuasa hari ini.
Tiada kecederaan terbaru atau penangkapan telah dillaporkan, kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (gambar) dalam sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.
“Terdapat khabar angin melalui SMS dan media sosial militan akan masuk ke Kota Kinabalu dan Tawau,” kata Ismail.
“Berita ini bukan datang dari polis dan ianya tidak tepat,” tambah beliau.
Moro National Liberation Front (MNLF) dilaporkan pada Selasa mengatakan beribu-ribu orang Sulu telah berlayar ke Sabah untuk membantu pemberontak dari Selatan Filipina itu.
Ismail juga mengatakan hari ini pasukan keselamatan masih belum dapat menangkap pemimpin kumpulan militan tersebut Agbimuddin Kiram semenjak 200 orang militan Sulu menawan Kampung Tanduo lebih kurang sebulan lalu.
Zulkifeli juga mengatakan jet pejuang yang kelihatan terbang di udara pagi ini adalah sebahagian daripada operasi, tetapi enggan mengesahkan jika terdapat lagi serangan udara akan dilancarkan.
Ismail mengatakan pasukan keselamatan menghampiri di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kawasan masing-masing empat dan lima kilometer persegi.
“Semenjak petang semalam hingga sekarang, pasukan kamu terus bergerak ke kawasan tertentu. Ia berjalan dengan baik,” kata Ismail.
Pihak berkuasa memberitahu semalam, 52 militan Sulu telah ditembak mati semenjak pertempuran berlaku Jumaat lalu.
Lapan anggota polis Malaysia terbunuh di sini dan Semporna, meningkatkan angka kematian kepada 60.
Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita secara berasingan hari ini mangsa di dalam video yang menunjukkan polis disembelih oleh militan Sulu, bukan anggota polis.
Beliau juga mengatakan 79 orang telah ditangkap di Sabah berkaitan dengan konflik tersebut.
Ketua Polis Semporna Deputi Superitendan Firdaus Abdullah walau bagaimanapun, dilaporkan oleh akhbar News Straits Times semalam mengatakan empat lelaki ditahan di Semporna tidak mempunyai kaitan dengan militan Sulu.
Beberapa jet pejuang F-18 dan Hawk menggugurkan bom di Kampung Tanduo Selasa lalu dalam percubaan untuk menghapuskan militan, operasi yang Zulkifeli katakana sebagai tidak berniat untuk membunuh, tetapi untuk membolehkan pasukan keselamatan untuk masuk tanpa sebarang gangguan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan semalam pasukan keselamatan akan terus memburu militan Sulu sehingga mereka menyerah atau dihancurkan.
Beliau menambah lima batalion tentera dan polis akan diturunkan untuk mengawal pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.