SPECIAL ADS

4 Mac 2013

Sanak Saudara PM Terabai

Foto

Kasihan saudara mara Tun Razak, 50 tahun usaha dan mohon tanah pun belum selesai.

Isa Mohd Nor, 76, dari Kampung Pahang Tua, Pekan merupakan peneroka asal yang mengusahakan bersama 60 peneroka yang lain tanah di RTB Batu 18 Jalan Kuantan-Pekan kira-kira 50 tahun yang lalu.

Mereka ialah sanak saudara Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dari Kampung Pahang Tua, Lamir, dan Langgar yang digalakkan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua itu mengusahakan sebidang tanah di seluas 64 hektar itu sekitar tahun 1961.



Foto

Bukan saja Tun Razak, bahkan Menteri Besar Pahang ke 9 Allahyarham Datuk Seri Mohamad Jusoh yang juga berasal dari kampungnya juga suruh peneroka memohon tanah yang diusahakan itu.

“Dengan galakan tersebutlah yang menguatkan kami berulang dengan berbasikal sejauh lebih kurang 30 kilometer selama sejam lebih dengan membawa benih kelapa untuk ditanam di sana.

“Malangnya setelah memohon beberapa kali tapi tak dapat geran hak milik sehingga ke hari ini. Sekarang tinggal boleh bilang dengan jari sahaja lagi yang hidup, yang lain sudah meninggal dunia.



Foto


“Walaupun sudah tiada kudrat tetapi dalam hati harap sokmo nak dapatkan tanah yang pernah kita usahakan dengan susah payah jerih penat itu, selagi ada sisa-sisa hayat nak juga tengok tanah itu jadi hak milik,” keluhnya sayu.

Seorang lagi yang pernah mengusahakan tanah tersebut peringkat awal, Ramlah Ibrahim, 68, berkata pada tahun 1961 beliau yang baru berkahwin telah mengikut arwah suaminya Razali Ismail mengusahakan tanah Batu 18.

Beliau yang tinggal di rumah PPRT Pahang Tua berkata, beliau masih ingat ketika itu berulang-alik bersama suaminya (yang telah meninggal pada tahun 2001) berbasikal pagi-pagi hari membawa benih kelapa, membawa bekal makanan dan pulang pada sebelah petang.

“Bayangkan pada masa itu pagar tidak ada, biasanya akan dimakan oleh binatang kerana musuh kuat sangat. Itu belum lagi cerita bagaimana terpaksa menghadapi ular, lipan, jengking dan pacat. Tetapi mengenangkan arwah Tun (Razak) suruh jayakan, ulang jugalah.

“Sebab itulah kami nak sangat jadi tanah Batu 18 jadi hak milik selagi masih hidup ini kerana masih tiada tanah sendiri, yang duduk ini tanah arwah pak mertua,” tegasnya.

Cuba bayangkan jika isu ini berlaku di Kedah, Kelantan atau Selangor, sudah tentu siang malam akan dimainkan dalam televisyen dan akhbar.

Moral ceritanya, Najib tak payahlah berjanji bulan bintang ke sana sini. Usahakanlah geran hak milik pak-pak sedara kamu tu. Mereka semua tu pengundi tegar kamu, yang memenangkan kamu sehingga berada di puncak sejak 1974!


Oleh: Putera Semantan

Tiada ulasan: