SPECIAL ADS

21 Mac 2013

Kes Altantuya: Cabar Rosmah jawab isu Najib arah reka SD palsu


KUALA LUMPUR 21 MAC: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dicabar menjawab pengakuan peguam Cecil Abraham mengenai arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mereka akuan bersumpah (SD) kedua yang palsu untuk P Balasubramaniam.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Rosmah perlu memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru itu jika benar suaminya tidak terlibat dalam pembikinan SD kedua bagi menafikan SD pertama Bala yang mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
“Isu yang diketengahkan ialah penafian Bala mengenai SD kedua itu menunjukkan SD pertama adalah sah dan boleh menjadi bahan siasatan polis.Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Rosmah perlu memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru itu jika benar suaminya tidak terlibat dalam pembikinan SD kedua bagi menafikan SD pertama Bala yang mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu.
“Tetapi Rosmah langsung tidak menjawab pendedahan ini sebaliknya hanya memberi alasan tanpa bukti dan fakta bagi menafikan SD pertama itu,” kata Shamsul mengulas penjelasan Rosmah yang menafikan dakwaan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.
Rosmah dalam buku biografinya menafikan beliau tidak berada di tempat pembunuhan wanita Mongolia itu pada malam 19 Oktober 2006, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam yang didakwa sebagai lokasi pembunuhan.
Pada pelancaran buku itu kelmarin, Rosmah turut menafikan membunuh Altantuya kerana beliau seorang yang penakut walaupun dengan cicak.
bala rosmahShamsul berkata, Rosmah sepatutnya membuat penafian khusus kerana dalam SD pertama, Bala turut mengheret namanya sebagai dalang pembunuhan Altantuya.
“KEADILAN tidak menuduh Rosmah yang membunuh (Altantuya), tetapi kenyataan Bala menunjukkan wujud motif kepada pembunuhan itu.
“Apatah lagi, penafian itu dibuat hanya selepas Bala meninggal dunia dan bukan ketika beliau masih hidup,” jelas Shamsul.
Sebelum ini, usahawan permaidani, Deepak Jaikishan yang rapat dengan Rosmah juga pernah menyebut nama Cecil Abraham sebagai dalang SD kedua yang palsu.
deepakTambah Shamsul, pendedahan Deepak bahawa Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut menguatkan spekulasi pembabitan beliau dalam skandal itu.
Deepak 6 Februari lalu, menyatakan dia 90 peratus yakin pegawai Najib dan Rosmah ada di lokasi Altantuya dibunuh.
“Deepak kena nyatakan nama pegawai tersebut. Adakah pegawai itu orang selain daripada polis pengiring Najib, Azilah Hadri dan Sirul Azhar?” soal Shamsul.
“Mereka ini adalah individu yang selalu bersama Rosmah, jadi beliau perlu jelaskan perkara ini,” kata Pengerusi KEADILAN Melaka itu.
altantuyaDalam kes pembunuhan itu, Azilah dan Sirul ditahan dan dijatuhi hukuman mati manakala rakan akrab Najib, Razak Baginda terlepas dari hukuman apabila dibebas tanpa dipanggil membela diri.

Oleh Arif Juhani

Tiada ulasan: