SPECIAL ADS

18 Mac 2013

Kit Siang Mula Cabut Akar Umno Di Gelang Patah!




Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang diumumkan secara rasmi bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah, Johor dalam pilihanraya umum akan datang.

Pengumuman itu dibuat Ketua Pakatan Rakyat Malaysia, Anwar Ibrahim sebentar tadi di majlis sambutan ulang tahun ke-47 DAP di Sutera Mall, Johor Bharu.

Kit Siang yang merupakan anak jati Batu Pahat kini berusia 72 tahun dan antara pemimpin politik tertua bakal bertanding bagi penggal ketujuh.

Sebaik Anwar mengumumkan perkara tersebut, percikan bunga api kelihatan di ruang udara bandaraya ini hingga kelihatan di seberang tambak di Woodlands, Singapura.

Kerusi tersebut disandang calon MCA, Tan Ah Eng dengan majoriti lebih 8 ribu undi dalam pilihanraya umum lalu.

Kit Siang dalam ucapannya kepada lebih 15,000 penyokong Pakatan Rakyat berkata, pakatan itu mensasarkan 18 kerusi parlimen dari selatan tanah air untuk dimenangi sekaligus mencerahkan peluang untuk menendang Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya. 

Berdasarkan anggaran terkini, 15 kerusi parlimen mampu dirampas selain satu di Melaka (Bukit Katil) dan dua di Negeri Sembilan (Jempol dan Kuala Pilah) tidak termasuk mengekalkan kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya umum lalu.

Sebelum itu, Anwar dalam ucapannya meminta rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat kerana inilah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menghentikan amalan rasuah, salah guna kuasa dan penipuan sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tiada ulasan: