SPECIAL ADS

16 Mac 2013

Majlis Peguam akan fail aduan terhadap peguam kanan


Majlis Peguam memutuskan untuk membuat laporan dengan Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara ekoran dakwaan berlaku salah laku profesional melibatkan peguam kanan Cecil Abraham.

Pengerusi majlis itu yang baru dipilih Christopher Leong (kiri) berkata, Bar juga akan mendesak pendakwaan dibuat, terutamanya oleh peguam negara, untuk membuka semula kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan dua anggota polis.

"Perkara ini diputuskan oleh mesyuarat majlis hari ini sejurus selepas perhimpunan agung tahunan (AGM) dan kami akan membuat laporan segera pada DB (lembaga disiplin)," kata Leong.

NONE"Kami juga akan mengumpulkan kenyataan daripada (peguam) Americk Sidhu dan peniaga karpet Deepak Jaikishan. Terdapat beberapa bukti baru yang membawa kepada kes ini sejak akhir tahun lalu, dan kini.

"Jadi kami akan membuat laporan kepada DB minggu depan dan mendesak AG untuk membuka kembali fail. Seperti yang kamu tahu, diada motif jelas dalam pembunuhan ini."


Peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham yang mendrafkan pengakuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian Mendiang P. Balasubramaniam melibatkan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, kata peguam Americk Singh Sidhu.
Americk yang merupakan peguam Mendiang Balasubramaniam, juga menambah usul SD kedua Balasubramaniam pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam ke-67 hari ini telah digugurkan, memandangkan pencadang berpuas hati dengan langkah diambil Majlis Peguam untuk menangani isu tersebut.
"Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya bahawa telah mendrafkan pengakuan bersumpah kedua," kata Americk kepada wartawan yang ditemui selepas AGM Majlis Peguam hari ini.
"Saya tidak berminat untuk buat aduan dengan lembaga disiplin peguambela dan peguamcara. Itu bukan agenda saya. Agenda saya ialah mencari siapa yang mengarahkan beliau melakukannya," tambah Americk.
Mendiang Balasubamaniam ataupun dikenali "PI Bala" menuduh beberapa personaliti pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dalam pembunuhan Altantunya dalam SD pertamanya pada tahun 2008, dua tahun selepas pembunuhan kejam.
Peguam Americk Singh Sidhu mendakwa, peguam Cecil Abraham memberitahunya bahawa beliau menyediakan akuan bersumpah kedua (SD) untuk bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atas arahan perdana menteri.

Americk, bekas peguam kepada mendiang Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala dikatakan mendedahkan perkara ini semasa mesyuarat agung tahunan Bar Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Peguam Sivarasa Rasiah melaporkan perkembangan itu melalui pesanan tweet semasa AGM, yang sedang berlangung ketika laporan ini ditulis.

Tiada ulasan: