SPECIAL ADS

16 Mac 2013

MB: Saham Air Jadikan Rakyat Selangor ‘Taukeh’ Industri Air Selangor



SHAH ALAM, 16 MAC: Rakyat Selangor bakal menjadi ‘taukeh’ dalam industri air Selangor apabila Kerajaan Negeri menerbitkan saham air satu hari kelak, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid lagi, langkah perkongsian kerajaan dan rakyat dalam industri startegik itu boleh dilaksanakan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum ini.
“Semasa saya di PNB, sembilan juta bumiputra beli saham amanah PNB dengan nilai RM 40 bilion.
“Saya yang lakukan bukan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad),” ujar beliau dalam ucapan beliau di Majlis Penyampaikan Cek Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor.
Pada 6 Mac lalu, Abdul Khalid mengumumkan Kerajaan Negeri akan menerbitkan saham air Selangor sekiranya ia berjaya mengambil alih pengurusan industri air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kerajaan Negeri sudah menawarkan RM 9.65 bilion kepada empat syarikat konsensi yang bertanggungjawab mengurus industri air Selangor.
Empat syarikat tersebut adalah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).

Tiada ulasan: