SPECIAL ADS

6 Mac 2013

Panas: "Gambar Foto Mangsa Serangan", Ramai Pihak Kini Keliru Dengan Keadaan Mayat Yang Di Dedahkan



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (foto) semalam mendedahkan sekurang-kurangnya 13 mayat penceroboh yang mati akibat serangan tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu baru-baru ini. Zahid dalam sidang media semalam menunjukkan kepada wartawan gambar sembilan mayat dalam satu longgokan. Beliau turut menunjukkan gambar penceroboh yang ditembak mati pagi semalam serta tiga lagi di satu kawasan perkuburan yang didakwa digali penceroboh. Kerajaan katanya mendedahkan gambar tersebut ekoran aduan wartawan yang sukar mendapat akses selepas pasukan keselamatan memasuki kampung tersebut untuk memburu penceroboh bersenjata Filipina selepas jet pejuang mengebom kawasan itu kelmarin. Namun, anehnya ramai pihak yang kini memepertikaikan kesahihan gambar-gambar tersebut. Malah, dalam laman sembang sosial facebook kini isu itu hangat diperdebatkan. Ini kerana, keadaan mayat yang berada dalam liang lahad itu jauh sekali bezanya dengan rupa bentuk para penceroboh Sulu yang sebenarnya. Dengan keadaan mayat yang hanya memakai T-Shirt hitam, siap dengan sarung tangan dan sebagainya langsung kata mereka tidak menggambarkan keadaan sebenar. Difahamkan para penceroboh kebanyakkannya memakai pakaian celoreng ala tentera. Malah keadaan mayat yang sudah kembong perut itu juga dipertikaikan kerana ia menggambarkan mayat itu sudah terlalu lama ditanam, sedangkan serangan baru berlaku kelmarin. Apapun, kesangsian itu harud dijawab sendiri oleh kerajaan kerana ia cukup memuskilkan. Malah, sebelum ini akhbar arus perdana Utusan Malaysia ada melaporkan seramai 30 penceroboh mati dalam serangan itu, walhal Zahid menjelaskan hanya 13 orang sahaja yang terbunuh. Oleh itu, kekeliruan ini harus diperjelaskan, apakah gambar mangsa serangan di Sabah atau di mana?. 


Malah lebih mengejutkan ada juga yang mempertikaikan, jika benar mayat tersebut mati akaibat serangan bom kenapa papan penutup kubur berkenaan tidak musnah dibom bersama mayat-mayat berkenaan. "Kalau itu lah mayat hasil dari gempuran pesawat pengebom dan meriam, ternyata satu pembohongan juga. Perhatikan mayat sudah mula mengembong. Itu ialah mayat mereka yang mati beberapa hari lalu akibat pertempuran. Mayat oleh pengeboman mestilah ada ciri2 boooooom..  Mcm ni punya lubang, mkn masa jugak nak korek....tepi jalan? Kompius aku. Lojik tak bila masa penceroboh gali lubang sedang polis malaysia kepung dan ada kah penceroboh bwa cangkul dan pengali???.pembohong la tk masuk akal langsun.aku bekas tentera la", kata kenyataan komentar panas di laman facebook yang diperolehi.


[Apa yang memusykilkan ialah kenapa sudah beberapa hari tiada visual atau pun gambar bukti yang lebih meyakinkan. Jika diluar negara bila berlaku serangan  pasti kita boleh saksikan secara rakaman atau live lokasi-lokasi serangan terbabit. Tetapi anehnya dinegara kita serangan dilakukan namun tiada visual yang berjaya dikesan. Malah lebih pelik lagi apabila wartawan media dari negara kita boleh pula pergi buat liputan di negara yang sedang bergolak seperti di Iraq, Syria, Afghanistan, Somalia, Sudan, Palestin dan sebagainya bagi melaporkan situasi semasa keadaan peperangan di sana. namun, di negara sendiri mereka dihalang, tidak dibenarkan masuk dan rakyat hanya disumbatkan berita dari PDRM, ATM, RTM dan TV3 sebenarnya. Malah, wartawan dari Manila Post juga disekat untuk membuat liputan serangan yang berlaku. Bukankah tindakan ini sesuatu yang tidak masuk dek akal dan amat tidak logik sama sekali. Apapun, pihak berkuasa mungkin ada caranya untuk menangani isu ini. Cuma biarlah ia boleh diterima oleh rakyat. Tidak mungkin selepas 48 jam serangan, baru maklumat boleh disampaikan kepada media. Ini akan menyebabkan mereka sendiri akhirnya seringkali tertanya-tanya, apakah yang berlaku dalam serangan di Lahad Datu?].


Oleh: Pahang Daily