SPECIAL ADS

9 Mac 2013

Perancang konspirasi Fitnah II perlu bertaubat – Presiden ABIM


KUALA LUMPUR 8 MAC: Perancang di sebalik fitnah dan konspirasi politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera taubat, kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan.
Beliau merujuk pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim semalam yang mengaku kes liwat kedua terhadap Anwar adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN itu.
“Saya nasihatkan, sesiapa yang rancang kes ini, kembali ke pangkal jalan, takut-takut lebih banyak lagi perkara yang Allah dedahkan dari jalan yang tak disangka-sangka,”
“Beliau perlu meminta maaf dengan Anwar dan keluarga, dan juga perlu bertaubat kepada Allah kerana hanya Allah yang layak hilangkan gelaran ‘fasik’ ke atas pembuat dan penyebar fitnah,” Katanya.
abimAmidi berkata, kesalahan melakukan kesaksian palsu merupakan satu kesalahan jenayah syariah yang disebut jelas dalam Al-Quran.
Beliau menjelaskan ulama seperti Dr.Yusuf Qardawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa kes Liwat II ini termasuk dalam kes qhazaf yang sepatutnya dibicara di mahkamah syariah.
“Kesaksian palsu adalah jenayah yang besar, bukan hanya pembuat kesaksian, pihak yang percaya dan menyebarkan juga tidak layak diterima kesaksian mereka selama-lamanya,” kata Amidi
Beliau bagaimanapun memuji keberanian Azlan tampil menyatakan kebenaran walaupun kesalahan itu dilakukan anaknya sendiri.
Amidi dalam pada itu turut meminta majlis Ulama mengeluar dan menyebar panduan kepada masyarakat tentang hukum kesaksian palsu kerana ia termasuk dalam dosa besar.
“Masyarakat perlu diberi panduan jelas tentang beratnya melakukan sumpah dengan nama Allah, memberi kesaksian palsu dengan tujuan kepentingan politik adalah dosa besar,” Kata Amidi.