SPECIAL ADS

18 Mac 2013

Politik fitnah boleh hancurkan masyarakat Islam – Nurul Izzah


KUALA LUMPUR 18 MAC: Nurul Izzah Anwar menganggap pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa anaknya dipergunakan dalam Fitnah II yang megaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai rahmat untuk membersihkan tuduhan ke atas bapanya itu.
Naib Presiden KEADILAN itu berkata, walaupun Azlan Mohd Lazim agak terlambat membuat pengakuan, sekurang-kurangnya membuktikan pendakwaan ke atas Ketua Umum KEADILAN adalah  konspirasi politik yang dirancang.
nurul izzah_2“Dari awal lagi, Datuk Seri Anwar menegaskan beliau mangsa konspirasi pihak yang mahu menjatuhkannya.
“Penantian kita selama ini dibuktikan di mahkamah dengan pembebasan Anwar,” katanya kepada Keadilan Daily.
Terbaru, satu lagi fitnah disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Penyebaran gambar fitnah lucah itu melibatkan individu mirip Anwar.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, amalan politik fitnah boleh memberi kesan buruk kepada institusi kekeluargaan.
“Fitnah ini boleh meruntuhkan hubungan sesama keluarga akibat agenda mereka sendiri,” jelas Izzah merujuk kekeruhan hubungan Saiful dan bapanya.
“Kita berharap ia tidak berulang kerana budaya fitnah itu sangat teruk dan boleh menghancurkan masyarakat Islam,” kata anak sulung Anwar itu lagi.
“Kita tetap berdoa kepada sesiapa yang menjadi mangsa fitnah dan tidak mahu politik sebegini berterusan,” kata Nurul Izzah. – NS

Tiada ulasan: