SPECIAL ADS

19 Mac 2013

Raja Nazrin: Jangan heret istana ke dalam politik

Raja Dr Nazrin Shah
KUALA KANGSAR 19 Mac  -  Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah meluahkan rasa kesal terhadap pihak-pihak yang memanipulasi titah baginda untuk meraih sokongan politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut baginda, ada pihak memanipulasi titah dengan bagi meningkatkan pengaruh kumpulan politik tertentu dan merendahkan lawan politik.

Titah Raja Mazrin, perbuatan itu telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan sebahagian rakyat kerana seolah-olah baginda secara langsung telah menzahirkan sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu.

“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah.

“Pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dalam tempoh terdekat. Diingatkan bahawa dalam keghairahan untuk mendapat sokongan politik, jangan sampai adat dan resam budaya bangsa dicemarkan.

“Beta menegaskan bahawa faja dan takhta kekal berada di atas politik kepartian, bersifat berkecuali dan tidak memihak mana-mana kumpulan politik,” titah baginda sempena Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.
 

Tiada ulasan: