SPECIAL ADS

8 Mac 2013

Saiful: Bapa saya diperguna pihak tertentu


Saiful: Bapa saya diperguna pihak tertentu

SHAH ALAM: 8 Mac 2013 - Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali  berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.