SPECIAL ADS

10 Mac 2013

Semua kejadian yang berlaku ada hikmah dari Allah swt- Anwar



SHAH ALAM  10 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fitnah terhadapnya yang kini terbongkar satu persatu, merupakan hikmah dari Allah S.W.T.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, setiap ketetapan dari Allah S.W.T itu ada hikmah yang tidak  terjangkau oleh akal fikiran manusia.
“Siapa dua tahun lalu yang terfikir bahawa 5 general termasuk yang berpangkat tertinggi memilih untuk menyokong Pakatan Rakyat?
“Siapa 2 tahun lalu yang pernah terfikir Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, pendakwa kes saya pada 1998 dan ketua pendakwa kes pada 2008 sekarang menjadi peguambela saya.
“Siapa yang menjangka bapa Saiful (Azlan Lazim) tiap hari keluar masuk mahkamah sekarang meminta maaf kepada saya, Azizah dan keluarga, dengan menyatakan ada konspirasi yang melibatkan pegawai pejabat Perdana Menteri dalam kes Liwat II
“Semua ini tidak akan berlaku tanpa iringan doa dari rakyat,” katanya pada majlis Sambutan 5 Tahun Pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi.
Dalam pada itu, Anwar mengecam tindakan media kawalan Umno BN iaitu Utusan dan TV3 yang memfitnahnya dengan menyatakan beliau dalang keganasan di Lahad Datu.
“Mereka tuduh saya penyebab kerana pernah jumpa Nur Misuari, Misuari itu MNLF, yang serang Sabah hari ini Sultan Sulu. Misuari itu dulu adalah Gabenor Mindanao, saya jumpa dan semua pemimpin pun jumpa
“Beliau semasa menjadi Gabenor pernah membuat lawatan rasmi ke Kuala Lumpur, jadi apa masalahnya?
“Tapi Umno BN mempergunakan media untuk sebar fitnah, adakah anda mahu orang membuat fitnah ini menang pilihanraya?, kita mesti benamkan mereka,” tegasnya disusuri sorakan hadirin.

Oleh: Aliff Fikri