SPECIAL ADS

19 Mac 2013

Taib & Najib, Siapa Kantoi?



Najib Altantuya DALANG Video Taib Mahmud Kantoi?

19 Mac : Pagi tadi heboh disiarkan di beberapa laman sesawang mengenai pendedahan eksklusif bagaimana sebuah video berdurasi 15 minit menceritakan segala-galanya aktiviti curang Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.

Cukup serius hingga Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Najib Altantuya supaya bertindak ke atas Pek Moh dengan kadar segera atau berdepan dengan dakwaan jenayah antarabangsa.

Tetapi apa yang kita semua tidak tahu, ia sebenarnya berpunca dari kalangan yang ada kaitan dengan Najib Altantuya sendiri.

Mengapa?
Kerana semasa pilihanraya negeri April tahun lalu, Najib Altantuya berjanji akan menggantikan Taib dengan pemimpin baru yang boleh selari dengan aspirasi transformasinya, kebetulan Taib sudah terlalu lama memerintah, 31 tahun dan masih bernafsu di puncak kuasa.
Bagaimanapun Taib dengan tergesa-gesa mengangkat sumpah jawatan buat penggal kelima berturut-turut menyebabkan Najib Altantuya marah dalam diam.
Hematnya, Taib sudah membuatkan Najib Altantuya malu besar kerana memungkiri janjinya sendiri.

Respone Taib The conquer terhadap laporan Global Witness .


Pendedahan berterusan kekayaan keluarga Taib Mahmud yang dipaparkan dalam beberapa portal seperti Sarawak Report dan sebagainya jelas menunjukkan lagi tembelang Taib yang selama ini tersimpan kemas dalam genggaman.

Namun ia tidak disertakan bukti kukuh termasuk video bagi menunjukkan betapa Taib dan ahli keluarganya merompak terang-terangan seperti apa yang dibuktikan oleh NGO yang berpangkalan di London, Global Witness.

Bukan sahaja penyalahgunaan lesen pembalakan oleh keluarga dan rakan niaga Taib, modus operandi haram mereka untuk mengelak daripada cukai dan syarat supaya 51 peratus daripada saham terdiri daripada pegangan tempatan turut didedahkan.

Penyamaran yang dijalankan mereka menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi dan dalam sekitar, merakam video secara rahsia – menunjukkan dua orang sepupu Taib serta peguamnya yang menjelaskan mekanisme tersebut.

Dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang berminat untuk membeli tanah untuk tanaman kelapa sawit, penyiasat yang dihantar oleh Global Witness itu mengunjungi satu badan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menangani pelaburan asing dan terus dirujuk kepada anggota keluarga Taib yang tertentu.

Ahli keluarga ini berhasrat untuk menjual syarikat mereka yang diberikan lesen oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak – juga diketuai Taib – untuk menebang balak dan membersihkan tanah untuk perladangan.

Salah satu syarikat tersebut ialah Ample Agro Sdn Bhd, yang mana enam pemegang sahamnya ialah sepupu-sepupu Taib dan kesemua anak perempuan kepada bekas ketua menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'akub.

Individu berkenaan termasuk ahli parlimen Tanjung Manis, Norah Abdul Rahman serta Khadijah, yang juga merupakan ipar kepada Najib Altantuya.

Enam beradik tersebut mengawal syarikat RM2 tersebut melalui satu syarikat pegangan dinamakan Sateras Holdings Sdn Bhd. 

Hematnya, dengan membiarkan seluruh dunia melihat bagaimana gelagat Taib anak beranak mengaut kekayaan negeri, Najib Altantuya dapatlah bernafas seketika daripada pendedahan terbaru peguam mendiang PI Bala, Americk Singh Sidhu yang mendedahkan bahawa SD2 diarahkan oleh Najib Altantuya sendiri.

Beberapa sumber turut mengakui bahawa Najib Altantuya sudah tidak mampu bersabar lagi dengan Taib lalu terhasillah apa yang kita saksikan hari ini.

Tiada ulasan: