SPECIAL ADS

18 Mac 2013

Tawan Johor bukan angan-angan Mat Jenin


18 Mac : Sewaktu keputusan PRU 12, pada tahun 2008 diumumkan, Dr Syeikh Ibrahim Salleh (Dun Sg Abong) dan Dr Muhamad Taslim (Dun Maharani) menang mewakili PAS. Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, orang yang paling gembira dengan kemenangan PAS di Johor.
Justeru, sambutan kemenangan di Dewan Jubli Intan di Muar, dihadiri sendiri oleh Tuan Guru Presiden PAS. Antara ucapan Tok Guru, menang di Johor tidak sama dengan menang di negeri lain. Johor kubu terkuat Umno di dunia!
Semasa PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama BN, negeri2 lain diperuntukkan walaupun satu kerusi kepada PAS melainkan Johor. Menteri Besar Johor waktu itu, Datuk Othman Saat, tidak mengiktiraf PAS, bahkan dengan angkuh menyatakan PAS tidak wujud di Johor.
Keangkuhan Pemimpin Umno Johor berterusan. Anugerah kemenangan Dr Ramli Kari, tanpa bertanding pada tahun 2004, dipandang lekeh dan remeh. Kebangangan mengisi borang calon BN membawa padah. Ia tidak menjadi isyarat kpd Umno bahawa PAS akan mara ke hadapan dengan kemenangan lebih besar.
Pemimpin Umno menghina Dr Ramli, menang betina!
Semasa kempen PRU 12, pemimpin UMNO mengulangi keangkuhan mereka; PAS jangan mimpi di siang hari untuk menang walau satu kerusi di Johor. Sampai kiamat pun tak boleh menang!
Cakap besar mereka meleset sama sekali. Kemenangan bergaya Dr Syeikh Ibrahim dan Dr Muhamad Taslim memadamkan rekod tanpa kalah Umno vs PAS. Calon PAS menang secara jantan!
Prestasi kedua-dua Wakil Rakyat PAS sangat membanggakan. Aksinya sewaktu Sidang DUN dan khidmatnya sebagai ADUN kepada penduduk yg diwakilinya begitu menyerlah.
Dun Sg Abong dan Maharani lebih maju dari kawasan BN sendiri. Kemudahan asas dan pembangunannya bergerak pantas. Dijadikan DUN angkat oleh YAB MB sendiri. Sekaligus menolak dakwaan, DUN Pembangkang mundur.
Kesediaan PAS bersama PKR dan DAP untuk menawan Johor sangat serius, meskipun pemimpin Umno mentertawakan impian Pakatan Rakyat Johor. Ghani Osman kata, angan2 Mat Jenin!
PAS letak sasaran 15 Dun tumpu, manakala DAP 12 Dun. Jika PKR beroleh 7 Dun sahaja, Pakatan Rakyat memiliki 34 Dun untuk membentuk Kerajaan di Nusajaya dengan simple majority!
Apapun persepsi masyarakat, sesungguhnya ia menjadi cabaran yang sedang diusahakan habis2an. Sesudah YB Salahudin mengumumkan tekadnya pulang ke Johor(bertanding), tokoh veteran yang cukup popular, YB Lim Kit Siang dijangka akan membuat pengumuman penting malam ini dalam Majlis Ulangtahun ke 47 DAP di Sutera Mall, Skudai.
Kemungkinan besar, PRU kali ini, beliau akan bertanding di salah satu kawasan Parlimen yg disebut sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai kerusi panas di Johor.
Adakah Gelang Patah atau Kulai?
Lim Kit Siang telah mula berkampung di Johor. Liputan media berbahasa Cina luar biasa. Laporan khas setiap hari dalam warna warni. Setiap lokasi yg dikunjungi, sambutan pengundi cina tidak berbelah bahagi. Pemimpin DAP yakin, kombinasi Lim Kit Siang dan Dr Boo Cheng Hau, ia bakal melonjakkan sokongan pengundi cina pada tahap 80% !!!
Justeru, Lawatan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ke Johor selama dua hari, Sabtu dan Ahad yg lalu sangat bermakna. Uniknya, kehadiran Tuan Guru dirai oleh pemimpin utama DAP sendiri. YB Lim Kit Siang bersama Tuan Guru dlm majlis makan malam di Pengerang, ceramah di Sg Tiram dan Himpunan Tanah di Taman Pulai Utama Skudai. Sambutan rakyat berbagai bangsa melambangkan keyakinan mereka terhadap Pakatan Rakyat.
Pengakuan YB Anthony Loke ketika ucapan beliau dlm majlis Jamuan Rakyat di Kulaijaya, yg mana beliau begitu menghormati Tuan Guru Presiden PAS bukan sandiwara. Bahkan dia berpesan kepada saya, kalau ada apa2 masalah dalam menjayakan apa2 program bersama kaum Cina, dia selaku Setiausaha Organisasi DAP Pusat sedia membantu.
Alhamdulillah, lawatan Kerja Presiden PAS ke Johor disudahi dengan sokongan dan dokongan rakyat semua kaum. Tuan Guru ceria sepanjang masa, meskipun keletihan dengan program yg padat. Kesediaan Tuan Guru turun padang dari Kuliah Subuh hingga ke Ceramah sebelah malam di lokasi yg diaturkan, PAS negeri Johor sanjung tinggi.
Selaku Pengarah Sambutan, saya dapat merasakan kesungguhan Tuan Guru. Beliau optimis PAS akan melakar sejarah baru di Johor. Beberapa kali beliau bisik kepada saya. Kerja kuat, jaga hubungan dengan rakan2 PR dan tingkatkan munajat kepada Allah. Sangat terharu atas kepercayaan Tuan Guru kepada rakan2 pimpinan PAS Johor....
InshaAllah, kami bertekad untuk mencipta sejarah pada PRU 13. Amanat Tok Guru, kami jadikan azimat untuk melangkah ke tahap yg lebih baik.
Tingkatkan usaha, iltizam, sabar, matang dan paling penting; sentiasa mengingati Allah...
' Masa untuk UBAH '
*Penulis adalah AJK PAS Pusat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor

Tiada ulasan: