SPECIAL ADS

9 Mac 2013

Tengku Razaleigh nafi ditawarkan PM


ku-li1
Cerita karut, itu jawapan orang lama dalam politik Tengku Razaleigh Hamzah kononnya beliau ditawarkan jawatan sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) menang PRU13.
Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikan sama sekali desas-desus tersebut dan anggap ia merupakan "cerita karut" yang disebarkan kerana musim PRU dah dekat.
Sebagai orang yang sudah lama berkecimpung dalam politik, Tengku Razaleigh tahu arah mana angin nak bawa.
"Karut, saya masih bersama UMNO dan cerita itu mungkin datang dari pihak yang lagi satu," katanya di Lojing Gua Musang Jumaat.
Cerita Tengku Razaleigh atau lebih glamour dengan panggilan Ku Li ini timbul selepas krisis kepercayaan yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut cerita itu, sebahagian pemimpin PAS lebih 'prefer' Ku Li jadi calon PM pakatan pembangkang berbanding dengan Anwar.
Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Ku Li berkata walaupun beliau pemimpin veteran UMNO namun masih mendapat sokongan rakyat, khususnya masyarakat Orang Asli.
"Saya sejak dahulu lagi bekerja kuat untuk kemenangan Umno hingga kaum Orang Asli memberi sokongan sepanjang masa," katanya.-8/3/2013

Tiada ulasan: