SPECIAL ADS

18 Mac 2013

UMNO salahkan MCA dan MIC atas kelemahan BN

Tak ada siapa yang paksa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengaku bahawa BN sekarang adalah lemah di pertemuan bersama 250 ahli Mubarak Wilayah Persekutuan, Veteran Umno Wilayah Persekutuan, dan Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Wilayah Persekutuan di Perbadanan Putrajaya hari inii.

Dia dengan nada sinis telah menyebut bahawa punca kelemahan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja datang daripada kelemahan Umno, tetapi juga akibat daripada kelemahan parti komponen yang hampir lumpuh akibat tewas dalam Pilihan Raya 2008.

Katanya lagi parti komponen seperti MCA, MIC, dan Gerakan mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya umum ke-12 akibat kehilangan besar beberapa kerusi kepada pembangkang dan perkara itu turut memberikan kesan kepada kedudukan BN.

Kelemahan bukan sahaja Umno, tapi komponen parti yang ada masalah besar ... kita perlu buat sesuatu untuk kukuhkan parti mereka.

Dalam ucapan tersebut Tan Sri Muhyiddin mengaku UMNO lemah tapi MCA dan MIC lagi teruk!!

Tan Sri Muhyiddin meramaikan jika tiada perubahan yang besar BN akan kalah terus dalam PRU-13 nanti. Katanya dengan kelemahan beberapa parti itu dan kekalahan dalam PRU 12, semangat ahli akan luntur dan tanpa sebarang tindakan, BN akan mengalami kekalahan yang lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Habis EGo akhirnya mengaku bahawa BN tak ada HARAPAN!!!

Oleh: FH Tranungkite

Tiada ulasan: