SPECIAL ADS

30 Ogos 2013

Syabas wujudkan rasa panik?

Shah Alam 31 Ogos : Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibidas Exco kerajaan negeri Selangor Elizabeth Wong kerana dikatakan mengambil kesempatan dengan mewujudkan rasa panik dikalangan orang ramai terhadap isu tumpahan minyak di sungai Selangor yang menyebabkan gangguan bekalan air.
Kenyataan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu hadir selepas Syabas semalam mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan minyak tersebut.
"Orang ramai tidak perlu panik, keadaan sudah terkawal dan minyak yang tertumpah juga telah dikeluarkan daripada sungai.
"Syabas tidak perlu keluarkan kenyataan untuk mencemaskan orang ramai, malah punca tumpahan minyak juga tidak tepat seperti yang mereka nyatakan," kata Wong selepas dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau juga berkata Syabas telah memberikan maklumat salah mengenai punca tumpahan minyak tersebut.
Wong berkata punca tumpahan tersebut adalah berpunca daripada sebuah bengkel lori di Teluk Gong, Rawang dan bukannya akibat sebuah lori yang terbalik.
Bengkel tersebut telah pun ditutup selepas diberikan notis arahan, malah Wong juga berkata tindakan undang-undang bakal dikenakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab tersebut.
"Sepatutnya bengkel tersebut menyimpan minyak dalam tong, tapi sebaliknya yang berlaku... ia menyebabkan minyak tersebut mengalir dan masuk ke dalam sungai," tambah beliau lagi.
Menurut Wong lagi, semua minyak telah dikeluarkan daripada sungai dan bekalan air akan pulih secara berperingkat bergantung kepada lokasi kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan air.
"Semua minyak telah dikeluarkan, bekalan air yang terganggu akan pulih berperingkat.
"Kalau jauh lokasi dengan loji mungkin memakan masa sedikit, tapi kalau hampir mungkin akan cepat dapat air semula," ujarnya lagi.
Syabas semalam berkata gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih daripada sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas.
Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Kawasan yang terjejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. 

Dialog PR, BN - Anwar Yang Terdesak Atau Pemimpin UMNO Yang Tersedak?

31 Ogos : Dalam perutusan sempena sambutan merdeka tahun ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menawarkan kepada Perdana Menteri, Najib Razak supaya diadakan rundingan meja bulat antara PR dan BN dalam beberapa isu demi untuk kepentingan rakyat dan negara. Antara isu yang disentuh Anwar sebagai wajar dibincangkan bersama ialah berkaitan kaum, agama, jenayah dan ekonomi.

Meskipun Anwar secara jelas menyebut bahawa perbincangan atau dialog itu tidak berkaitan sama-sekali dengan penubuhan kerajaan perpaduan yang diheboh-hebohkan sebelum ini tetapi tawaran ini segera mengundang reaksi yang tidak menyenangkan daripada kebanyakan pemimpin UMNO.

Apatah lagi seiring dengan tawaran kesediaan mengadakan rundingan itu, Anwar juga menyatakan keterbukaan untuk melupakan perbezaan dan persengketaan selama ini serta menerima keputusan pilihanraya umum lalu dan ini seolah-olah memenuhi syarat Najib sebelum ini bahawa sebarang rundingan antara BN dengan PR tidak mungkin diadakan selagi pakatan pembangkang tidak menerima keputusan pilihanraya, malah terus mempertikaikannya.

Beberapa pemimpin UMNO lantas mempertikaikan niat dan keikhlasan Anwar yang secara tiba-tiba membangkitkan soal dialog, rundingan atau kerjasama antara PR dengan BN ini. Mereka menyifatkannya sebagai langkah terdesak Anwar setelah kalah pilihanraya dan hampir kesemua petisyen yang dikemukakan PR ditolak oleh mahkamah. Khairy Jamaluddin, Mukhriz Mahathir dan Hishammuddin adalah antara pemimpin UMNO yang terawal menolak cadangan Anwar itu sambil mempersoalkan niat serta tujuannya.

KJ dan Mukhriz yang diketahui bermusuh dalam UMNO tiba-tiba dilihat senada dan mempunyai hujah penolakan yang hampir sama. Dipercayai juga ramai lagi pemimpin UMNO yang turut menolak tawaran dialog oleh Anwar ini. Bekas Perdana Menteri, Mahathir tentulah lebih diketahui pendiriannya berhubung isu ini.

Sementara Anwar dianggap terdesak kerana mengemukakan tawaran dialog ini, sebaliknya Anwar juga berjaya membuatkan ramai pemimpin UMNO tersedak dengan kejutan yang dibuatnya ini. Beliau yang selama ini dilihat begitu keras dan tidak berkompromi dengan UMNO, bahkan sering mengucapkan perkataan "lawan tetap lawan" seolah-olah sudah berubah dan mengalah berikutan pendirian mahu berdamainya ini.

Reaksi pantas KJ, Mukhriz dan Hishamuddin yang memperlekeh tawaran Anwar itu sambil mempertikaikan niatnya, walaupun dalam perutusan Anwar sudah dijelaskan bahawa ianya demi kepentingan rakyat dan negara, jelas membuktikan mereka terkejut dah mungkin tersedak beberapa kali kerananya.

Mahathir yang sedang berehat di rumahnya sambil minum-minum petang juga mungkin lebih kerap tersedak mendengar berita ini.

Dalam mesyuarat MT UMNO petang semalam, isu itu turut dibincangkan dan mungkin paling ramai pemimpinnya mengambil bahagian serta memberikan pelbagai pandangan mengenai dialog PR dengan BN itu. Jika sebelum ini Anwar mengatakan Najib yang cuba berbaik-baik dengannya, tawaran yang dibuatnya kali ini nyata menggambarkan sebaliknya dan membuatkan mereka tidak senang dengannya.

Benarkah Anwar sedang terdesak dan kini mahu berbaik-baik dengan Najib? Mungkinkah ini petanda Anwar sudah keletihan dan mengakui usianya yang semakin meningkat tidak sesuai lagi meneruskan perjuangan menumbangkan BN? Atau ini adalah merupakan langkah awal Anwar berbaik-baik dengan BN yang mana matlamat akhirnya ialah menubuhkan kerajaan perpaduan walaupun dinafikan pada ketika ini?

Atau mungkinkah ini hanya strategi Anwar untuk meredakan ketegangan memandangkan PRU 14 masih jauh lagi? Mungkin juga ini merupakan percaturan Anwar untuk menyelamatkan kerjaya politiknya dan ingin menempatkan penyokong setianya dalam kerajaan?

Pelbagai kemungkinan boleh diramalkan mengenai isu ini dan apa yang mungkin berlaku disebaliknya. Tetapi sementara menanti yang mana satu kemungkinan itu akan menjadi kenyataan, haruslah disedari bahawa perdamaian Anwar dan Najib bukanlah sesuatu yang mustahil. Politik sentiasa memungkinkan kawan menjadi musuh dan musuh bertukar menjadi kawan.

Mahathir pernah memusuhi Tengku Razaleigh dan Semangat 46 tetapi kemudiannya menawarkan perdamaian sehingga menyebabkan Ku Li membubarkan partinya dan menyertai UMNO secara beramai-ramai pada 1996. Walaupun perdamaian itu dinamakan atas tiket perpaduan Melayu tetapi kemudian disedari bahawa ia semata-mata untuk memudahkan Mahathir menyingkir dan memecat Anwar pada 2 September 1998.

Ketika Mahathir memecat, mengaib dan memenjarakan Anwar, seluruh pimpinan UMNO menyokongnya tetapi siapa sangka apabila Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau membebaskan Anwar dan menghantar menantunya, KJ ke rumah Anwar di Bukit Damansara untuk menguruskan soal passport Anwar yang perlu menjalani pembedahan tulang belakang di Jerman.

Jika Mahathir memenjarakan Anwar, kemudian Pak Lah membebaskannya, maka tidaklah mustahil Najib pula yang berganding tangan bersatu hati dengan Anwar memimpin negara selepas ini.

Kalau Mahathir boleh berbaik semula dengan Ku Li yang merupakan musuh yang diciptanya sendiri, tidaklah sukar sebenarnya bagi Najib berbaik-baik dengan Anwar kerana Anwar bukanlah musuh yang dicipta oleh Najib. Beliau bermusuh dengan Anwar hanya kerana mewarisi pusaka yang ditinggalkan oleh Mahathir untuknya. Pak Lah telah membuktikan tidak mahu mewarisi permusuhan dengan Anwar yang ditinggalkan Mahathir, maka tidaklah mustahil Najib juga berbuat perkara yang sana.

Demi survivalnya, tidak menjadi kesalahan Najib dan Anwar berbaik-baik, sama seperti tidak menjadi kesalahan ketika Mahathir berbaik-baik semula dengan Ku Li dan kemudian menukar Anwar daripada sahabat kepada musuhnya.

Sama ada dialog PR dengan BN ini akan menjadi kenyataan dan memberi kebaikan kepada rakyat dan negara atau ianya merupakan permulaan kepada penubuhan kerajaan perpaduan atau mungkin tersekat di tengah jalan dan sekadar menjadi perisa yang menambahkan masam manis santapan dunia politik kita, semuanya bergantung kepada keadaan dan perubahan yang berlaku selepas ini.

Walaupun apa pun yang bakal berlaku antara PR dan BN atau antara Najib dan Anwar, bersedialah dengan segala kemungkinan serta belajar menerima seadanya supaya apabila berlaku sesuatu yang mengejutkan nanti, tidak ada sesiapa yang tersedak lagi. (SH 31/08/2013)

shahbudindotcom.blogspot.com 

Masih adakah sebuah kerajaan yang mentadbir kita?

30 Ogos : Walaupun negara telah selesai mengadakan pilihanraya, keadaan dan perasaan tidak menentu masih di rasakan dikalangan orang ramai. Rakyat merasakan keadaan lebih buruk, seolah-olah mereka tidak lagi ditadbir oleh sebuah kerajaan.

Harga barangan masih tinggi. Keselamatan rakyat bertambah membimbangkan kerana setiap hari ada sahaja nyawa yang hilang dan harta benda dirompak melalui pecah rumah dan ragut. Dimana-mana kedengaran jenayah dilakukan dan melibatkan nyawa rakyat dari berbagai-bagai peringkat umur.

Dua hari lepas seorang eksekutif syarikat penerbangan berumur 30 tahun telah mati ditetak di hadapan rumahnya. Nyawa begitu murah dan jumlah kematian melalui kejadian jenayah ini nampaknya hampir sama dengan kematian bagi sebuah negara yang sedang menghadapi peperangan.

Rakyat merasakan kerajaan sudah bertambah miskin dan dalam pada itu mereka (Rakyat) akan berhadapan dengan GST dan lain-lain. Berbagai-bagai isu timbul dan yang terakhir timbul isu penayangan Tanda Putera, filem yang di kontroversikan oleh parti pembangkang. Di Pulau Pinang tayangan filem itu diharamkan dipanggung-panggung kerana kerajaan DAP negeri itu mempunyai kuasa untuk melarangnya dari ditayangkan. Segala yang berlaku mendapat reaksi yang negatif dari pihak yang bertentangan.

Jika benar Tanda Putera itu merupakan filem yang busuk dan tidak baik kerana dikatakan filem itu berunsur rasis, rakyat Pulau Pinang tidak dapat buktinya kerana filem itu di haramkan dari di tayangkan dipanggung-panggung di Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang hanya mendengar sahaja tuduhan DAP itu, tetapi tidak mendapat peluang mendapatkan kebenaran dari tuduhan DAP itu kerana tidak berpeluang menontonnya.

Kempen untuk menaikkan semangat menyambut Hari Kebangsaan juga gagal kerana rakyat tidak berminat untuk turut serta menyemarakkan Hari Kemerdekaan itu. Rakyat sedang menunjukan sikap tidak berpuas hati terhadap kerajaan secara pasif dan tidak memberikan kerjasama terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Rakyat sudah berpecah-belah kerana mereka memihak kepada parti dan pemimpin masing-masing. BN bermusuh dengan PR dengan hebatnya dalam pilihanraya dahulu maka rakyat sudah berbelah seolah-olah tidak akan ada amannya lagi. Dalam pada itu pemimpin besar yang membawa penyokong masing-masing untuk berkelahi dan mencerca diantara satu dengan lain dalam senyap-senyap telah mengadakan rundingan dan sedang berkira-kira membahagi-bahagikan jawatan Perdana Menteri.

Rata-rata orang bercakap yang UMNO diSelangor tidak perlu bimbang kerana dalam rundingan diantara Ketua Kerajaan dengan Ketua Pembangkang melibatkan pemindahan hal milik kerajaan kepada UMNO. Benar atau tidak berita ini tidak dapat diketahui. Tetapi cerita itu tersebar dikalangan penggiat politik di Selangor.

Pengikut yang bengkak-bingkik akan ditinggalkan dan mereka akan tetap berpecah diperingkat bawahan. Mereka ini semata-mata digunakan semasa pemimpin yang bernafsu besar ini ingin menggunakan mereka untuk menunjukan kekuatan mereka.

Mereka berunding seolah-olah negara ini mereka berdua sahaja yang punya dan mengharapkan segala yang mereka berdua persetujui itu wajib disokong oleh semua pihak yang bertelagah tadi. Rundingan itu merupakan rundingan diantara dua ‘desperados’ semata-mata dan hasilnya tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada negara.

Bagi pemimpin-pemimpin seperti ini kuasa itu adalah modal ‘business’ yang besar bagi mereka. Kalau tidak masakan mereka sanggup menggunakan pemimpin negara jiran untuk menjadi orang tengah untuk merapatkan kembali hubungan mereka semata-mata kerana kuasa. Mereka menamakan ini sebagai tindakan pembentukan kerajaan perpaduan.

Sebelum pilihanraya dahulu dijanjikan yang bantuan 1Malaysia, BRIM akan diteruskan selepas  pilihanraya dan kali ini kita tengoklah samada janji-janji itu akan terlaksana dalam masa terdekat ini. Mereka cuba menyelesaikan masalah dengan menyuap dan membeli masalah itu seolah-olah masalah-masalah itu boleh selesai dengan wang ringgit.

Bagi komuniti ‘professional’ yang mahir dengan kewangan pula isu perbincangan mereka tidak boleh lari dari isu hutang negara. Jika dikira sekali hutang-hutang melalui ‘off-budget agencies’ yang berjumlah lebih dari RM126 billion itu ia sudah melangkaui 68 peratus berbanding dengan GDP negara. Rakyat mempunyai persepsi jika tiada Petronas negara ini sudah menjadi sebuah negara muflis.

Laungan kejayaan negara dan cita-cita hendak menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju menjadi ejekan rakyat dimana-mana. Bagi pemimpin yang berkuasa mereka hanya mampu dianggap sebagai berkorban untuk negara dengan terus memegang kuasa dengan alasan ‘continuity’ kepimpinan agar apa yang di rancang untuk rakyat itu tidak terganggu perlaksanaannya.

Mereka tidak mahu menerima hakikat yang berundur dari memegang kuasa itu adalah pengorbanan yang paling suci untuk rakyat dan negara. Malahan ada pemimpin yang sudah bersara setelah memegang kuasa berdekad-dekad masih lagi sibuk berpolitik dan masih tidak berhenti memecah-belahkan kepimpinan negara dan mahu legasinya terus diperkokohkan.

Krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara berlarutan dan sekarang seolah-olah negara kita tidak berkerajaan kerana negara ditadbir tidak selari dengan kehendak kepimpinan sebuah negara yang merdeka.

Masih tiada lagi keyakinan terhadap sistem pentadbiran sebuah negara merdeka. Semua institusi demokrasi sudah tidak lagi mendapat keyakinan rakyat untuk berfungsi secara betul.  Polis di persoalkan, mahkamah tidak di yakini lagi, badan pencegah rasuah tidak di hormati lagi, malahan tiada satu pun lagi institusi kerajaan mendapat keyakinan rakyat kini.

Rakyat terus dalam pencarian. Mereka yang terpapar dalam media massa setiap hari itu semuanya rakyat sedang persoalkan, baik yang sudah tua atau pun yang muda. Budaya dan pemikiran mereka sama sahaja.

Inilah akibatnya apabila pemimpin yang tidak bertanggungjawab dahulu, melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap mereka yang berkepimpinan. Hasilnya mereka yang telah dibenamkan politik mereka dan diambil alih oleh pemimpin seperti Najib dan Anwar Ibrahim serta pemimpin baik seperti Abdullah tetapi tidak punya kepimpinan. Semua mereka ini terbit dari acuan Dr Mahathir dahulu.

Yang ada kepada kita hanya satu sahaja pilihan, iaitu berdoa dan terus berdoa agar Tuhan datangkan seorang yang boleh dan berkemampuan untuk mengembalikan keunggulan kerajaan yang pernah kita alami semasa tiga Perdana Menteri yang pertama dahulu.

aspanaliasnet.blogspot.com
 

GST: Jangan aniaya rakyat kerana kelemahan BN

KUALA LUMPUR 30 Ogos : Dengan ekonomi serantau yang semakin tidak menentu dan kejatuhan ringgit yang mendadak, melepasi 8 peratus tahun ini, PAS berasa amat tidak wajar bagi kerajaan untuk melaksanakan GST. 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, GST bakal memberikan tekanan kos hidup pada rakyat, terutamanya golongan pendapatan pertengahan ke bawah di kawasan bandar lebih-lebih jika kegawatan ekonomi berlaku.

“Jangan kerana kelemahan pentadbiran kerajaan BN, rakyat dianiaya secara berganda dengan penarikan balik subsidi daripada program rasionalisasi subsidi dan kemudian dipaksa membayar lebih untuk barangan keperluan melalui GST di dalam Bajet 2014,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kenyataan penuh beliau.
Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan penyelesaian kepada masalah-masalah yang membawa ekonomi negara ke tahap yang membimbangkan hari ini di mana hutang negara hampir melepasi paras 55% KDNK (Keluaran Negara Dalam Kasar) dan fiskal defisit yang mencecah RM14.9 bilion.

Meningkatkan pendapatan negara melalui GST tidak berguna tanpa penyelesaian sebenar kepada punca ketirisan, pembaziran, kelemahan pengurusan dan budaya penganugerahan projek tanpa tender yang menyebabkan perbelanjaan kerajaan melambung tanpa kawal.

Contoh terbaik yang boleh dilihat rakyat ialah pada projek KLIA2. Projek KLIA2 yang sehingga kini tidak diketahui tarikh siap telah memperlihatkan kosnya meningkat lebih 2 kali ganda daripada RM1.7 bilion pada 2009 semasa ia dimulakan kepada RM4 bilion pada tahun ini.

Apa gunanya pendapatan negara ditingkatkan tanpa menutup ruang kebocoran kewangan di dalam sistem pentadbiran negara?

GST tidak boleh menyelesaikan masalah ekonomi negara yang berpunca daripada ketirisan, pembaziran, kelemahan pengurusan dan budaya penganugerahan projek tanpa tender.

Tanpa pengurusan kewangan yang cekap dan efektif, apa-apa cara mempelbagaikan pendapatan kerajaan hanya merugikan rakyat kerana duit lebih yang dijana akhirnya akan terbazir begitu sahaja di dalam sistem pentadbiran yang penuh kebocoran tanpa membawa manfaat kepada ekonomi negara.

Dengan ekonomi serantau yang semakin tidak menentu dan kejatuhan ringgit yang mendadak, melepasi 8 peratus tahun ini, PAS berasa amat tidak wajar bagi kerajaan untuk melaksanakan GST.

GST bakal memberikan tekanan kos hidup pada rakyat, terutamanya golongan pendapatan pertengahan ke bawah di kawasan bandar lebih-lebih jika kegawatan ekonomi berlaku.

Jangan kerana kelemahan pentadbiran kerajaan BN, rakyat dianiaya secara berganda dengan penarikan balik subsidi daripada program rasionalisasi subsidi dan kemudian dipaksa membayar lebih untuk barangan keperluan melalui GST di dalam Bajet 2014.

Jika kerajaan boleh memikirkan cara seperti meletakkan para peminjam PTPTN di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) (Alhamdulilah, ia sudah ditolak kini) untuk mendapat kembali wang, mengapa kerajaan tidak mahu berusaha memikirkan cara menutup kebocoran kewangan di dalam sistem pentadbiran dan berusaha mendapatkan kembali duit kerajaan yang dibazirkan seperti yang tertera di dalam laporan tahunan audit negara?

29 Ogos 2013

BN dan PR bukan masa sesuai melaksanakan kerajaan perpanduan

Kuala Lumpur 29 Ogos : Pemimpin PAS tidak sekata berhubung cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk berbincang dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu membabitkan kepentingan rakyat.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk BN dan PR berbincang untuk melaksanakan kerajaan perpaduan.
Beliau berkata, landskap politik Malaysia masih tebal dengan politik berasaskan parti maka sistem demokrasi yang diamalkan sekarang masih relevan kerana rakyat boleh memilih kerajaan mereka yang mereka rasa layak untuk memerintah negara.
“BN tidak sepatutnya gentar untuk menyatakan pendirian kerana sistem demokrasi Malaysia jelas meskipun BN memperoleh undi kurang 50 peratus tetapi mereka memperoleh majoriti kerusi Parlimen, maka tiada apa yang perlu ditakutkan.
“Isu Mesir membuka ruang lebih luas kepada BN dan PR untuk menyatakan pendirian kerana rampasan kuasa oleh tentera Mesir menafikan proses demokrasi,” katanya kepada The Malaysian Insider pada Ahad.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkifli Ahmad, berkata perbincangan dwi parti bergantung sepenuhnya kepada keperluan umat dan isu yang dapat memberi kepentingan bersama.
Beliau berkata, jika kedua-dua belah pihak BN dan PR menemui jalan buntu dan perlu kepada persepakatan, maka kerajaan perpaduan adalah jalan terbaik bagi menangani isu masyarakat.
“Isu yang melingkari negara seperti rasuah, pengabaian demokrasi, kebebasan media dan penindasan kaum di Malaysia sangat dititikberatkan oleh PR. Jika kerajaan BN sedia duduk berbincang bagaimana isu berkenaan dapat disepakati, maka PR sentiasa positif melihat usaha perbincangan ini,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider hujung minggu lalu.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula melihat tiada keperluan mewujudkan kerajaan perpaduan di antara BN dan PR kerana rakyat sendiri memilih parti gabungan dalam PR dengan terbuktinya undi popular memihak kepada PR.
Beliau berpendapat, BN sudah tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia maka sememangnya tiada keperluan untuk berbincang mengenai kerajaan perpaduan.
Katanya, BN kini menunggu masa untuk meninggalkan Putrajaya selepas mereka menunjukkan rasa tidak berminat membincangkan isu penting seperti pergolakan Mesir.
“PAS menghantar memorandum ke Putrajaya namun tidak dipedulikan maka isyarat itu cukup memberi isyarat kedinginan kerajaan BN,” katanya yang tidak berharap BN akan memberi petanda positif.
Datuk Husam Musa yang juga seorang lagi Naib Presiden PAS enggan mengulas lanjut mengenai kerajaan perpaduan kerana usaha itu hanya omongan kosong tanpa ada maklum balas lanjut di kedua-dua pihak.
Beliau berkata, perkara yang tidak menjadi kenyataan itu tidak memerlukan ulasan lanjut kerana tiada ura-ura pun perkara berkenaan mahu dilaksanakan.
“Saya tidak mahu ulas isu berkenaan, biar kepimpinan tertinggi yang memutuskannya,” sambil melemparkan senyuman ketika ditemubual.
The Malaysian Insider melaporkan pada Ahad tentang kesediaan Anwar untuk berbincang dengan BN.
Ketua Umum PKR itu berkata, antara topik perbincangan yang boleh diketengahkan adalah daripada segi ekonomi, jenayah dan kewibawaan badan kehakiman.
Katanya, PR belum berbincang tentang kerajaan perpaduan namun pihaknya terbuka bagi membincangkan isu yang berkaitan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perbincangan mengenai kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutamanya Anwar serta kepimpinan PR masih tidak menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan mempertikai keputusan itu. 

Kongsi Gelap Melayu pecahan dari Pekida

PUTRAJAYA 29 Ogos : Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan dua kumpulan kongsi gelap yang didalangi kaum Melayu adalah pecahan daripada persatuan Pekida Malaysia iaitu Double 7 ditubuhkan sejak November 2005 yang aktif di 28 kawasan seluruh Semenanjung dan mempunyai 1,053 ahli.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang didalangi kaum India merupakan kumpulan kongsi gelap paling aktif dan bahaya daripada 49 kumpulan kongsi gelap di negara 
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 04 yang mempunyai 5,440 ahli di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur aktif dalam aktiviti pengedaran dadah, tarik kereta, jaga tempat meletak kereta, bouncer (penjaga kelab malam), pungut wang perlindungan dan melakukan jenayah menggunakan senjata api serta senjata tajam.

"Manakala Geng 08 ditubuhkan sejak tahun 1970-an mempunyai ahli seramai 4,423 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan serta Melaka dan melakukan aktiviti yang sama," katanya dalam sidang akhbar semasa mengumumkan senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, kongsi gelap tersebut juga melakukan aktiviti yang mudah untuk memperolehi dana seperti perjudian, maksiat dan pelacuran.

Rasuah, hutang jadi punca negara alami krisis kewangan

rafizi ekonomi
SHAH ALAM 29 OGOS : Krisis kewangan Asia pada 1997-1998 berulang jika kerajaan Pusat tidak mengambil langkah proaktif dalam menangani krisis itu lebih awal.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kerajaan perlu memperbaiki mekanisme pembayaran hutang negara yang mencapai tahap kritikal.
Ia kerana, katanya, keadaan itu menyebabkan negara berdepan kesukaran apabila ekonomi dunia tidak mencapai pertumbuhan memberangsangkan.
“Jika berlaku gangguan dalam aliran tunai dunia dan ekonomi dunia, kerajaan hilang pilihan untuk menangani masalah itu,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Rafizi berkata, pelabur akan mula menjual dan mengeluarkan wang dari negara ini apabila mereka meragui kemampuan kerajaan dalam hala tuju ekonominya.
“Keadaan itu ada persamaan dengan krisis ekonomi pada 1997,” katanya.
Beliau berkata, keadaan ekonomi negara ketika ini membimbangkan kerana Malaysia turut terheret dalam kegawatan ekonomi dunia berbanding Indonesia.
“Masalah di Malaysia ialah kerajaan Umno BN boros dan banyak rasuah dengan projek yang melibatkan komisen,” kata beliau.
Rafizi berkata, kerajaan perlu mengelakkan pembaziran kewangan dalam perbelanjaan agar tidak perlu membuat pinjaman sehingga menambah hutang negara.
“Kita perlu memulakan dengan perang habis-habisan terhadap rasuah supaya kita boleh mengurangkan pembaziran,” kata beliau.
Sebelum ini, nilai ringgit jatuh melebihi 7.0 peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap dollar dan ia rekod terburuk di kalangan negara Asia lain.
Bank Negara juga menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus sebelum ini.
Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif serta mempersoal langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan.

Ketua Wira Perkasa terus serang PM

KUALA LUMPUR 29 Ogos : Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris meneruskan serangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membangkitkan isu murtad dan isu kalimah Allah pula.

Beliau mengaitkan kedua-dua isu itu dengan "betapa pentingnya kuasa yang menjadi penentu survival Islam Melayu di Malaysia ini".

"Kita dapat melihat betapa lemahnya pimpinan Hj Najib yang mana keputusan-keputusan Hj Najib banyak mmerugikan umat Islam Melayu di Negara ini. 

"Ini adalah bibik-bibik sama seperti Kamal Antartuk yang menyebabkan kerajaan Uthmaniah (kerajaan Islam) tumbang. 

"Apakah ini umat Islam mahukan?" tulis beliau dalam posting bertajuk "Akibat daripada pimpinan yang lemah" dalam blognya http://irwanfahmi.blogspot.com

Ahad lalu, Irwan menuntut Najib meletak jawatan kerana disifatkannya gagal mengurus negara dengan baik. 

Tuntutan itu dibuatnya dalam posting blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan".

Dalam posting tersebut, Irwan membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan".

"1Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti gagal.

"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India. Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat," tulis beliau.

Irwan juga dilaporkan berkata, Perdana Menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan.

"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius. 

"Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga Akta Ordinan Darurat (EO) sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," Malaysian Insider memetik beliau berkata.

Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.

"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya.

"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," kata Irwan lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.

"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam pilihan raya umum (PRU) lepas," katanya.

Pendirian Irwan tidak memeranjatkan kerana umum melihat pendirian tidak banyak berbeza dengan pendirian Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan yang disifatkannya tidak menghargai peranan mereka sebaik PRU berakhir.

"Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya," kata Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan.

"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa. 

"Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," kata Ibrahim lagi.

K'jaan ambil alih aset 49 kongsi gelap

Kuala Lumpur 29 Ogos : Kementerian Dalam Negeri hari ini mengumumkan nama 49 kongsi gelap yang antara lainnya terlibat dalam kegiatan mengedar dadah, peras ugut dan pergaduhan dengan kumpulan kongsi lain, melakukan huru-hara, pembunuhan termasuk dengan senjata api.

Kenyataan dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri menyebut, kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) kta Pertubuhan 1966.
Menurutnya lagi, pengharaman itu antara lainnya memberi kuasa kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mengambil alih segala aset dan harta pertubuhan berkenaan.
Pertubuhan berkenaan juga tidak akan dapat menggunakan semula nama kumpulan mereka, mengikut peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri hari ini menyebut, individu yang masih bergiat dalam aktiviti kumpulan terbabit boleh disiasat dan didakwa mengikut  Seksyen 6(2), Seksyen 6 (3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi memberitahu sidang akhbar dilaporkan berkata pengharaman tersebut dibuat melalui satu pewartaan semalam.
Abdul Rahim berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:   
  • Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
  • Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  • Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  • Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.   
  • Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.  
  • Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
  • Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor,  Kuala Lumpur,  Pulau Pinang,  Perak dan Johor)
  • Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur,  Perak dan Johor)
  • Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
  • Gee Ah Eng
  • Loh Kuan
  • Tiang Yee Tong
  • Geng 21
  • Ang Soon Thong
  • Wah Kee
  • Sio Sam Ong
  • PNEH
  • Hong Hong San
  • Hai San
  • Sin Ang Bin
  • New Cell 20
  • Jit It Hai
  • Sio Koon Tong
  • Gee Lam Kor
  • Geng Leng Hor
  • Geng 35
  • Geng 303
  • Geng Satu Hati 
DI SABAH:
  • Sabah ATAP
  • Hung Ann
  • Sui Yuk
  • Otai
  • Borneo Red EMP   
DI SARAWAK:  
  • Sarawak Ah Ngau
  • Batu Tiga
  • Ah Feng
  • Batu 10
  • Sibu T
  • Ah Seng
  • Ah Chin
  • Lee Lung
  • Lo Han
  • Sg Merah
  • Sg Badut
  • Ting Ching Lee
  • Tua Cak Lee
  • Teksi Station
  • Pintu Merah
  • Krokop       
Sementara itu, Bernama melaporkan Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.   
Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap
tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.
Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan,  menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.
Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335.

28 Ogos 2013

Peguam negara tidak mahu bersara dalam masa terdekat

Kuala Lumpur 29 Ogos : Jabatannya lebih banyak kalah daripada menang dalam kebanyakan kes berprofil tinggi, dengan terbaru minggu lalu apabila Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis yang didakwa membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shariibuu, kerana pihak pendakwaan gagal membawa saksi utama.
Jabatannya juga dituduh melakukan pendakwaan terpilih, terutama ahli politik Melayu seperti Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin yang seharusnya didakwa menggunakan undang-undang hasutan kerana mengugut untuk membakar kitab Injil berbahasa Melayu dan menghina agama Hindu.
Tidak mengejutkan jika desakan supaya Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) untuk meletak jawatan semakin kedengaran. Tetapi desakan itu serta kritikan terhadap Jabatan Peguam Negara tidak memberi kesan kepadanya.
“Saya akan tentukan bila untuk berhenti. Saya boleh berhenti atau mengambil bersara pilihan sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Beliau dilaporkan berkata kepada sebuah portal berita: "Perdana menteri pun digesa untuk letak jawatan, inikan pula saya."
Gani sudah menjadi Peguam Negara sejak 2002 dan mempunyai dua tahun sebelum mencecah umur bersara. Tetapi ramai yang berminat dengan jawatan Gani, malah, seorang peguam terkemuka memberitahu Putrajaya keinginannya untuk mengambil alih jawatan Peguam Negara.
Baru-baru ini, terdapat spekulasi menyatakan kerajaan memulakan langkah untuk meletak hakim kanan ke jawatan itu, tetapi Gani mendapat sokongan kuat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Terdapat desakan sama semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi supaya perdana menteri menyingkirkan Gani kerana kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam kes berprofil tinggi.
Tetapi Abdullah tidak berjaya menyingkirkan Gani. Berjaya bertahan semasa pemerintahan dua perdana menteri dan mendapat sokongan yang ketiga, Gani mungkin tidak akan mengambil bersara pilihan sendiri.
Jabatan Peguam Negara diselar lagi minggu lalu apabila Mahkamah Rayuan mengarahkan  Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azahar Umar dibebaskan daripada tuduhan membunuh Altantuya dari 2006, kekasih Abdul Razak Baginda, bekas penasihat Najib.
Di antara sebab utama adalah kerana kegagalan memanggil Timbalan Supritendan Musa Safri, bekas pembantu Najib sebagai saksi. Ini menyebabkan Jabatan Peguam Negara diselar oleh pemimpin pembangkang dan peguam.
Sebagai tambahan, terdapat kritikan terhadap Gani kerana gagal mengambil tindakan terhadap kumpulan Melayu berhaluan kanan, Perkasa.
Pemimpin Perkasa, Ibrahim pernah menggesa pembakaran al-Kitab yang mempunyai perkataan “Allah” manakala Zulkifli pula menghina agama Hindu secara terbuka dalam satu klip video.
Selain itu, selepas pilihan raya umum 5 Mei, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya bersiap sedia untuk menerima balasan daripada Melayu kerana membelot Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13).
Tetapi Gani menyelar pengkritiknya dalam portal Malaysia Gazette: "Jadi, adakah saya perlu dakwa semua orang. Semua orang pun dahsyat apabila berkata mengenai kaum lain sedangkan dalam isu agama dan perkauman kita perlu lebih toleransi.”
“Saya tidak mahu menggali kubur untuk kerajaan hanya semata-mata untuk popular.”
Peguam Negara ketiga paling lama berkhidmat itu mengatakan beliau tidak bimbang dengan bakal penggantinya kerana Pejabat Peguam Negara mempunyai beberapa calon.
"Tun Majid (Tun Abdul Majid Hamzah) boleh. Wanita pun boleh. Di sini bukan saya bekerja seorang, kami bekerja bersama-sama dan setiap orang mempunyai kepakaran,” katanya.
Tan Sri Abdul Kadir Yusof adalah Peguam Negara paling lama berkhidmat iaitu selama 14 tahun manakala Tan Sri Abu Talib Othman selama 13 tahun.
Gani berkata, ada juga `orang' Umno yang marah kononnya beliau gagal menangani isu agama dan kaum.
Bagaimanapun, katanya, Jabatan Peguam Negara sejak dari dahulu sentiasa berhati-hati dalam menangani isu agama dan perkauman.
"Dalam isu agama, kalau kes didakwa di mahkamah perkara akan menjadi heboh, lagi orang akan marah,” katanya dan menambah perkara ini perlu dilihat dengan gambaran besar.
"Masa sudah berubah dan kalau kalau kita tengok di luar negara kalau sesuatu perkara berlaku memberi impak yang buruk, baru pertuduhan dikenakan,” katanya. 
OLEH V ANBALAGAN

Raja Muda : Memelihara ekosistem tanggungjawab semua

BESTARI JAYA, 28 OGOS : Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli untuk turut serta dalam Majlis Penanaman Pokok Hutan Tanah Gambut di Kompartmen 100  Hutan Simpan Raja Musa, di sini.
Majlis itu membabitkan aktiviti menanam 600 pokok dari spesis perintis hutan tanah gambut, iaitu Tenggek Burung (Euodia sp) bersama 200 orang sukarelawan daripada beberapa organisasi amal, antaranya Sahabat Hutan Gambut Selangor Utara, Peatland Forest Rangers dari sekolah terpilih sekitar kawasan terbabit.
Hutan Simpan Raja Musa itu berkeluasan 73,592 hektar diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada Januari 1990.
Dalam titahnya, Raja Amir menyarankan semua pihak memupuk kesedaran mengenai pentingnya memelihara alam sekitar, terutamanya di peringkat sekolah dan di institut pengajian tinggi.DSC_0324a
Raja Muda juga berharap ekosistem hutan paya gambut yang terbesar di pantai barat Semenanjung Malaysia itu berupaya melestarikan alam sekitar, yang turut memberi impak kepada sosio-ekonomi penduduk tempatan.
“Kerjasama dan penglibatan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) akan membantu kerajaan dalam memulihara dan melindungi ekosistem hutan paya gambut,” titah Raja Muda.
Di acara yang sama Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong meminta semua pihak memberikan kerjasama serius terutamanya dalam menangani isu kebakaran hutan tanah gambut.
“Ia penting kerana akan memberi kesan kepada ekonomi, kesihatan, sosial dan alam sekitar terutama jerebu.
“Kepelbagaian biologi hutan, menjamin bekalan udara dan sumber air yang bersih seterusnya menggalakkan sektor eko-pelancongan negeri,” katanya.

Perkasa panggil ketua pemuda kerana desak Najib letak jawatan

Perkasa akan panggil Ketua Wira Perkasa, kata Abdul Rahman. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 28 Ogos, 2013.
Kuala Lumpur 28 Ogos : Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mengejutkan ramai pihak apabila membuat gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran gagal menguruskan negara dengan baik.
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu.
Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu.
Kenyataan Irwan bagaimanapun tidak begitu mengejutkan kerana Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sangat kritikal kepada strategi pilihan raya Najib, mengatakan baru-baru ini kumpulan itu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik selepas Pilihan Raya 2013.
Ibrahim sudah menyatakan pendirian ini kepada penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan bersama bekas perdana menteri itu, di mana Najib menerima kritikan ekoran kelemahan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei.
Seorang pemimpin Perkasa berkata, Dr Mahathir memahami langkah Perkasa untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam pilihan raya akan datang walaupun majoriti ahlinya adalah ahli Umno. Tetapi kumpulan hak Melayu itu tidak pernah meminta Najib letak jawatan.
Irwan memberitahu The Malaysian Insider minggu ini bahawa perdana menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan. Namun Najib masih berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan.
"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius. Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan juga Akta Ordinan Darurat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," katanya.
Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.
"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," katanya lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.
"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam PRU lepas," katanya.
Dalam laman blognya, Irwan menulis:"1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL.
"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India . Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat."
Beliau turut membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan."
"Malangnya kepimpinan tertinggi negara masih lagi menagih kepada kaum ini, melantik orang yang tidak sepatutnya dilantik. Laungan 1Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu, saya mahu tanya apakah 1Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ia terbukti gagal," katanya dalam posting blog berkenaan. TMI

Sekat air ke P Pinang hukuman pada rakyat kerana tak pilih BN

KUALA LUMPUR 28 OGOS: Cadangan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah agar Kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang sebagai politik sempit yang menindas rakyat.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali berkata, kenyataan dangkal Ahmad Bashah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam turut mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno BN.
“Mereka tergamak menghukum rakyat hanya disebabkan kepentingan politik sempit, walhal Ahmad Bashah harus faham, penduduk Pulau Pinang dan Kedah mempunyai hak yang sama terhadap bekalan air Sungai Muda.
“Malah tidak pernah sepanjang sejarah penubuhan Malaysia sejak merdeka, hak milik dan soal pembekalan sumber air ini menjadi pertikaian,” katanya dalam kenyataan.
Tegasnya, tindakan itu menunjukkan Umno BN cuba menghukum penduduk Pulau Pinang kerana tidak memilih parti itu dalam pilihan raya umum lalu.
“Justeru, demi kepentingan dan kebajikan rakyat kedua-dua negeri, saya mendesak Ahmad Bashah menarik balik kenyataannya yang dangkal dan tidak berperikemanusiaan itu”.

Lantik Shahrizat penasihat PM, ganjaran Najib kepada rasuah

Shahrizat-Abdul-Jalil-NFC
KUALA LUMPUR 28 OGOS: Pelantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai penasihat Perdana Menteri untuk menguruskan hal ehwal wanita sebagai ganjaran kepada rasuah.
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail berkata, tindakan Perdana Menteri itu jelas membuktikan beliau tidak berminat menghapuskan rasuah seperti dilaungkan melalui Program Transformasi Negara (GTP).
“Shahrizat tercemar dengan ‘skandal lembu kondo’ dengan menggelapkan wang rakyat sebanyak RM250 juta yang mana beliau sendiri mengambil bahagian dalam mesyuarat jemaah menteri yang meluluskan projek tersebut.
“Malah pendedahkan skandal NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan) itu juga memaksa Shahrizat meletakkan jawatan Menteri dan menamatkan kedudukannya sebagai Senator Dewan Negara,” ujarnya dalam kenyataan.
Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu menambah, rakyat berhak mendapat kepimpinan wanita yang bersih dari rasuah dan boleh menjadi tauladan.
“Slogan lunak Najib untuk basmi rasuah hanya helah untuk memperdaya rakyat dan RM250 juta wang rakyat yang disonglap itu pula nampaknya tiada harapan akan dikembalikan kepada rakyat.
“Justeru, kita mendesak Najib menarik kembali pelantikan Shahrizat ini kerana rakyat menolak pemimpin yang terlibat dengan rasuah seperti beliau,” kata Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga.
Semalam, media melaporkan Shahrizat dijangka akan dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri dalam isu berkaitan wanita dan jawatan itu bertaraf menteri.
Walaupun terpalit dengan skandal rasuah, Shahrizat tetap mahu mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan Umno hujung tahun ini.
Beliau juga pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial pada 2008, walaupun tewas dalam pilihan raya pada tahun berkenaan.
Shahrizat kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2009 selepas memenangi jawatan Ketua Wanita setelah menewaskan penyandang jawatan berkenaan, Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau kemudiannya mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2009, namun meletakkan jawatan pada April 2012, selepas ahli keluarganya terbabit dengan skandal kontroversi NFC dan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13. KD
Oleh Mohd Arif Juhani

Anak muda berhak dapat pendidikan tanpa hutang

KUALA LUMPUR 28 Ogos : Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.

Akibatnya, kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu. 

“Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal sistem pendidikan tinggi di Malaysia meneruskan bebanan kepada generasi muda yang terpaksa berhutang untuk mendapat pendidikan tinggi.

Akibatnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  menghasilkan generasi muda yang berhutang walaupun dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Malangnya mereka yang tamat pengajian terpaksa berhadapan bebanan hutang sebelum berpeluang untuk mendapat pekerjaan.

Kami berpandangan tanggungjawab asasi sesebuah kerajaan ialah untuk memastikan pendidikan rakyat disempurnakan dengan kaedah yang tidak membebankan dan tidak mengikat seseorang anak muda  dengan hutang sebelum mendapat pekerjaan.

Adalah silap besar apabila polisi yang digunapakai untuk memberi peluang anak muda melalui pendidikan tinggi pada kali pertama, sistem hutang diperkenalkan.

Sememangnya kos untuk menampung pendidikan tidak dapat dielakkan namun kami mempersoalkan komersialisasi pendidikan dan membenarkan pendidikan menjadi suatu industri mengaut keuntungan telah menyebabkan penyebaran dan menuntut ilmu menjadi suatu yang sangat mahal dan membebankan.

Lantaran itu mereka yang majoriti tidak berkemampuan terpaksa berhutang di awal usia muda walaupun belum sempat untuk mendapat sebarang pekerjaan.

Kami mengambil perhatian peningkatan kos hidup akan menambah beban generasi muda yang terikat dengan hutang PTPTN berpotensi mengurangkan kualiti hidup rakyat apabila wang baki pendapatan untuk dibelanja (take home pay) menjadi sangat sedikit apabila pendapatan yang tidak menentu terpaksa menanggung pembayaran hutang.

Alasan bahawa pendidikan pengajian tinggi adalah suatu urusan yang melibatkan kos tinggi bukan alasan yang boleh diterima apabila banyak pembaziran dalam pengurusan lain berlaku di depan mata rakyat.

Sebenarnya jika ada sektor yang seharusnya diturunkan kos malah diringankan beban rakyat, kami berpendapat sektor pendidikanlah yang sepatutnya dijadikan sektor tumpuan.

Malangnya pihak kerajaan masih tidak melihat strategi jangka panjang untuk memberi ruang seluasnya kepada rakyat untuk mendapat pendidikan yang murah dan tidak perlu dibebankan dengan hutang.

Kami berpendapat membuka ruang rakyat mengilmukan diri masing-masing dengan perbelanjaan yang paling murah adalah strategi jangka panjang yang berkesan berdasarkan pengalaman banyak negara maju.

Kami tidak faham kenapa segala aspek pendidikan negara dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi harus mengelami peningkatan kos. Melainkan kerana salah perancangan, unjuran yang tidak tepat, salah laku dalam perbelanjaan dan membenarkan perubahan sistem pendidikan yang menelan kos yang tinggi, sepatutnya kos pendidikan tidak seharusnya meningkat.

PTPTN pada dasarnya adalah untuk menampung kos pendidikan yang perlu dibayar oleh pelajar. Akan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah akar iaitu kenapa pendidikan harus menjadi sektor yang terlalu terdedah kepada perbelanjaan yang tinggi.

Kami bersetuju supaya PTPTN perlu disemak semula sama ada ia perlu dimansuhkan atau tidak.

Penilaian  untuk menentukan semada PTPTN sebenarnya meningkatkan kelancaran dan kualiti pendidikan atau di sebaliknya perlu dilaksanakan.

Kajian sama ada hutang yang terbeban kepada seorang pelajar yang terpaksa ditanggung dalam keadaan mereka belum mendapat kerja, menjejaskan kualiti hidup rakyat keseluruhannya atau tidak. HD