SPECIAL ADS

6 Ogos 2013

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor


PKNS OpenHouse_Poster 21x15in-page-001
Shah Alam 07 Ogos : Rakyat Selangor dijemput menghadiri Rumah Terbuka Menteri Besar dan Kerajaan Negeri sempena Hari Raya Aidilfitri pada hari raya pertama ini.
Majlis berkenaan dijadual berlangsung di Dataran Dewan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 11 pagi sehingga dua petang.
Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim, berkata rakyat negeri ini boleh menggunakan peluang itu untuk beramah mesra bersama pimpinan kerajaan negeri.
“Saya berharap rakyat dari pelbagai kaum datang ke Rumah Terbuka ini dan menggunakan peluang untuk beramah mesra dengan barisan Exco Negeri Selangor di samping mengeratkan lagi jalinan silaturrahim sesama kita,” katanya.
Pada sambutan sama tahun lalu, seramai 20,000 rakyat berbilang kaum menghadirinya.

Tiada ulasan: