KUALA LUMPUR 18 Ogos : DAP sedang berdepan dengan pergelutan yang akan menentukan hidup atau mati parti ini dengan bermulanya fasa ketiga kempen ‘DDD’ Umno BN untuk memusnahkan DAP.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sejak beberapa bulan lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad ‘DDD –Demonise/Destroy DAP’ telah melancarkan dua fasa serangan ke atas DAP, iaitu:
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata sejak beberapa bulan lalu, juru propaganda dan cybertrooper skuad ‘DDD –Demonise/Destroy DAP’ telah melancarkan dua fasa serangan ke atas DAP, iaitu:
- Pertama, menuduh DAP telah menaja “Tentera Kacang Merah” dengan peruntukan sebanyak RM100 juta hingga 1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan para pemimpin Umno BN; dan
- Kedua, menyebarkan pembohongan tentang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung pada bulan Disember lalu, dan mencapai kemuncak dengan penerbitan risalah yang penuh pembohongan oleh seorang penulis rekaan bernama “Father Augustus Chen”. Risalah berkenaan antara lain mendakwa bahawa sebanyak “753 perwakilan (sebahagian besar berketurunan India)” tidak diberikan notis tentang Kongres DAP dan “543 perwakilan hantu (sebahagian besar dari Pulau Pinang)” telah mengundi dalam kongres berkenaan, padahal kedua-dua dakwaan itu semata-mata bohong dan dusta.
Menurutnya, dalam kedua-dua fasa kempen ‘DDD’ itu, juru propaganda dan cybertrooper Umno BN telah mereka-reka dan mengitar semula ratusan pembohongan dan pendustaan tentang DAP, khususnya dalam media Umno BN seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, kempen ‘DDD’ tidak berakhir atau surut setelah DAP memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (RoS) daripada terus menyalahgunakan kuasa demi memenuhi kehendak ‘tuan politik’ Umno BN, khususnya untuk menghalang DAP daripada dibubarkan.
Katanya, kempen ‘DDD’ Umno BN kini telah memasuki fasa ketiga yang lebih sengit apabila:
- Pembohongan dan pendustaan tentang DAP terus-menerus direka dan disebarkan sejak tiga hari lalu oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times;
- Peluasan wilayah operasi DDD dari hanya media Bahasa Malaysia dan Inggeris ke media bahasa Cina dan Tamil; dan
- Pemberian restu secara rasmi terhadap kempen DDD oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno sendiri yang telah turut terlibat menyerang DAP dalam tempoh 48 jam setelah DAP memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula CEC dengan cara mengulang pembohongan dan pendustaan DDP tentang DAP.
Menurut Lim lagi, Datuk Seri Najib Razak mendakwa DAP bukan sebuah ‘parti politik yang berwibawa’ dan beliau menuturkan pembohongan tentang kegagalan DAP untuk memberi notis kepada 753 perwakilan untuk menghadiri Kongres dan pemilihan CEC DAP bulan Disember lalu, selain dusta berkenaan “547 perwakilan hantu (sebahagian besar dari Pulau Pinang)” sedangkan kedua-dua dakwaan itu tidak mempunyai asas sama sekali.
“DAP kini berdepan dengan ujian yang akan menentukan hidup atau matinya memandangkan batalion ‘DDD’ Umno BN kini sedang cuba menyempurnakan rancangan dan mengerah pasukan mereka untuk menguburkan DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan