SPECIAL ADS

17 Ogos 2013

Jenayah tembak, kontroversi TPPA selubungi 100 Hari selepas PRU 13

tembak-01
SHAH ALAM 18 OGOS: Prestasi Datuk Seri Najib Razak goyah dan dianggap paling buruk dalam sejarah tanah air apabila Perdana Menteri itu hilang kawalan dalam mengendalikan negara.
Selepas 100 Hari pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) selesai, Naib Presiden PKR, N Surendran, berkata Najib gagal mengendalikan isu kontroversi Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) manakala jenayah tembakan berleluasa.
“Masalah jenayah dan kes tembak saban hari meningkat, kerajaan langsung tidak dapat menangani isu ini dengan sempurna.
“Begitu juga pendemokrasian yang dijanjikan Najib sebelum ini turut terbatal apabila kerajaan bercadang mengembalikan undang-undang Ordinan Darurat (EO),” katanya.
Bercakap kepada TV Selangor, Surendran berkata, kegagalan Najib itu membuktikan rakyat berdepan dengan sebuah kerajaan yang hilang kawalan.
“Tidak pernah dalam sejarah, saya tengok kerajaan yang begitu lemah dan tidak efektif mahupun prihatin dengan masalah rakyat.
Sehubungan itu, katanya, Najib perlu bertindak seperti seorang negarawan dan memikirkan kebaikan rakyat dan negara jika mahu kekal berkuasa.

Tiada ulasan: