SPECIAL ADS

19 Ogos 2013

Nasib dua bekas polis sabit kes pembunuhan Altantuya diketahui Jumaat

Kuala Lumpur 19 Ogos : Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan Jumaat ini berhubung nasib dua bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu di hutan simpan berhampiran Shah Alam pada 2006.
Kaunsel Datuk Hazman Ahmad yang mewakili bekas polis Azilah Hadri berkata kepada The Malaysian Insider hari ini beliau dimaklumkan oleh pendaftar mahkamah rayuan berhubug tarikh keputusan tersebut.
Azilah disabitkan bersama dengan Koperal Sirul Azhar Umar oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja antara 19 hingga 20 Oktober, 2006.
Kedua-duanya merupakan anggota Pasukan Khas Bukit Aman, dan juga pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak, yang ketika itu merupakan timbalan perdanna menteri dan juga Menteri Pertahanan.
Wakil peguam bagi Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin, turut mengesahkan tarikh berkenaan.
Ketika permohonan itu dibuat, Kamarul menggesa kegagalan memanggil pembantu Najib, Timbalan Superitendan Musa Safri sebagai saksi dalam perbicaraan.
Beliau berhujah Musa adalah hanya individu yang boleh mengenal pasti transaksi telefon antara dirinya dan Abdul Razak Baginda. Abdul Razak ketika itu adalah penganalisis politik untuk Najib.
Abdul Razak didakwa bersekongkol dengan dua anggota polis tersebut.
Dalam afidavit jaminan yang diperolehi di Mahkamahh Tinggi, Abdul Razak menyatakan ada lebih 30 panggilan telefon dan mesej teks kepada Musa pada 19 Oktober, 2006, untuk menghentikan gangguan daripada Altantuya kepada keluarganya.
Hazman turut berkata Azilah tidak mempunyai bahan letupan dalam simpanannya. Perbicaraan mendapati Altantuya ditembak sebelum badannya diletupkan menggunakan bahan letupan C4.
Beliau berhujah saksi dalam perbicaraan mengesahkan Pasukan Khas Bukit Aman tidak menyimpan C4 dan mereka tidak terlatih untuk mengendalikan bahan letupan tesebut.
Hazman turut berkata beliau telah memfaiilkan notis alibi tidak berada di lokasi kejadian, namun hakim Datuk Mohd Zaki Yasin tidak mempercayai ceritanya.
Sementara itu, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata tiada kaitan antara Najib dan juga kematian Altantuya.
Beliau berkata kebetulan Abdul Razak mengenali Najib dan Musa, tidak bermakna perdana menteri mempunyai kaitan.
Rayuan didengar selama dua hari bermula 26 Jun di hadapan tiga hakim, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Berdasarkan hasil rayuan tersebut, perayu dan pendakwa mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan. TMI
OLEH RITA JONG

Tiada ulasan: