SPECIAL ADS

12 Ogos 2013

Jenayah di banyak negara tiada Ordinan Darurat terkawal

PETALING JAYA 12 OGOS: Kejadian jenayah di banyak negara di dunia terkawal walaupun tidak mengamal penahanan tanpa bicara seperti Ordinan Darurat (EO), kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi perlu mencari jalan bersama dengan semua pihak untuk menangani masalah jenayah berat, bukann menjadikan kegagalan mereka mengurus jenayah berat untuk menghalalkan undang-undang kejam seperti EO.
“Banyak negara yang tiada EO, boleh kawal jenayah. Isunya bukan undang-undang. Undang-undang cukup. Kalau tangkap kerana bunuh, hukum bunuh, edar dadah hukum mati. Nak undang-undang apa lagi? Ini hendak undang-undang tangkap, tak payah peguam, tak payah bicara.
“Itu kalau kena anak orang, kalau anak kamu dan keluarga kamu?” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini sambil menyatakan Pakatan Rakyat sentiasa menyokong ketegasan polis dalam membanteras jenayah.
Anwar juga menggesa KDN memanggil wakil semua parti termasuk pembangkang bagi berbincang bersama Ketua Polis Negara bagi mendengar pandangan untuk membantu menyelesai masalah jenayah berat.
Menyatakan isu remeh bersangkutan politik harus diketepi demi kepentingan negara, Anwar berkata, kerajaan tidak wajar mengaitkan isu pemansuhan EO sebagai punca jenayah berleluasa.
Beliau juga mengingatkan semua pihak, jenayah berat tetap berlaku ketika EO mahupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih berkuat kuasa.
“Isu di sini bila tidak dimansuhkan ISA dan EO, pihak didakwa terbabit dalam jenayah ditangkap tanpa dibicara.
“Polis juga perlu lebih fokus membanteras jenayah daripada membuat intipan terhadap pemimpin politik terutama dari Pakatan Rakyat membabitkan Cawangan Khas (SB),” katanya.

Tiada ulasan: