SPECIAL ADS

17 Ogos 2013

Najib dan Hari Raya Idul Fitri nya.

18 Ogos : Beberapa kenyataan pimpinan kerajaan tidak boleh dibiarkan tanpa bangkangan. Saya tidak berniat mahu mencari material untuk menulis mengenai PM Najib, tapi bila dia mengeluarkan kenyataan mengenai UMNO bukan macam DAP, saya rasa elok kita memberi sedikit pencerahan. Lama kelamaan rakyat Melayu khususnya akan sedar bahawa UMNO sebuah parti feudal yang menjaga kepentingan elit dan Melayu terpilih. Nama Melayu itu akan selamanya ditunggang seperti kerbau dan keldai.

Siapa yang mahu jadi seperti UMNO? Parti yang ramai pemimpin yang korap yang seketiduran dengan tauke2 Cina merompak negara ini? Kenyataan Najib kenyataan membodohkan pembaca datang dari fikiran gelap Najib Tun Razak. Antara dua telinga Najib, terdapat padang pasir yang gersang.


Lebih elok Najib menumpukan pehatian membela orang Melayu yang dibohongi oleh pimpinan UMNO. Kepayahan hidup dan kesusahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa lain. Kesusahan orang Melayu disebabkan oleh pemerintahan yang terdiri dari bangsa mereka sendiri. Ini bukan saya yang kata- ini adalah pengamatan Pendita Zaaba sejak tahun 1927 lagi yang tetap releven sampai hari ini. Kesusahan Melayu adalah disebabkan oleh pemerintah yang terdiri dari bangsa sendiri.

Bahkan dibelakang kejayaan dan kekayaan setiap pemimpin UMNO ialah bangsa Cina. Janganlah pimpinan UMNO hendak menipu orang Melayu. 

Pertandingan semula pemilihan pimpinan DAP atau CEC bukanlah kerana 753 perwakilan tidak diberi notis untuk hadir ke congress pemilihan pimpinan DAP. Setiap tahun dalam ,mesyuarat perwakilan cawangan, pemuda dan pemuda, tidak pernah sempurna korum mesyuarat. Tapi puak UMNO mengesahkan mesuayarat tersebut sebagai sahih. Sampai sekarang ianya menjadi kesemulajadian perangai UMNO.

Jadi dari mana alasan 753 ini datang kecuali Najib dan ROS berkomplot untuk mencari alasan? Jika perkara 753 perwakilan ini sebab nya, maka mengapa pihak ROS tidak menyebut akan perkara tersebut dalam perintah nya menyuruh DAP mengadakan pemilihan CEC semula? Berapa kali pimpinan DAP mendesak pihak ROS memberikan alasan tapi ROS membisu seribu bahasa, lidah kelu tidak berkata kata?

Kebenaran pahit yang orang UMNO mesti sedar sekarang ialah Najib is a serial liar- pembohong bersiri. Orang Pekan sebagai contoh tahu Najib berbohong bila dia mengatakan tidak mengenali Ziana Zain. Najib berbohong bila kata tidak kenal wanita Mongolia. Najib berbohong bila mengaku berjuang untuk orang Melayu sedangkan 10 juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1500sebulan. Apa yang Najib tahu tentang keperitan dan kesusahan kehidupan orang Melayu?

Ini perkara menipu dalam hal memberi notis kepada perwakilan lebih merupakan amalan dan budaya UMNO. Tabiat pimpinan UMNO sejak zaman Mahathir mengambil alih dan disambung pula oleh Najib yang tidak bertulang belakang ialah memilih milih siapa yang mahu dihantar notis atau tidak. Bukan menjadi rahsia amalan kotor orang UMNO ialah menghantar notis kepada para penyokong tapi menyekat penghantaran notis kepada golongan penentang pimpinan UMNO. Perbuatan yang lazim lagi ialah ketua cawangan membayar yuran tahunan untuk penyokong dan tidak menerima bayaran yuran pihak yang menentang mereka.

Kita mengesyorkan Najib supaya janganlah menggunakan isu DAP untuk melindungi kelemahan kepimpinannya keatas UMNO. Biarlah orang UMNO sedar bahawa Najib menghadiahkan prestasi yang terburuk kepada UMNO dalam sejarah PRU. Orang UMNO mesti ingat bahawa Najib hanya mendapat 47% dari undi popular berbanding dengan Pak Lah yang mendapat lebih dari itu.

Najib hanya mampu memenangi 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak Lah yang mendapat 140 kerusi. Orang UMNO jangan lupa bahawa kemenangan 88 kerusi parlimen untuk UMNO disebabkan oleh advantage persempadanan kawasan pilihanraya dan kepadatan pengundi yang rendah. Satu kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat sama nilai nya dengan 2 kerusi parlimen BN.

Fakta nya, ialah Najib bukan pemimpn yang terbaik untuk UMNO dan orang Melayu. Jika UMNO mahu menawarkan pemimpin yang lebih berfaedah kepada orang Melayu, maka Najib perlu ganti dengan orang lain. Mungkin orang Melayu yang bukan ahli dan bukan penyokong UMNO akan tertarik kepada UMNO. Selagi Najib dan pimpinan yang sepemikiran dengan nya mengemudi UMNO, lebih ramai orang Melayu yang sedar akan menolak UMNO.

Janganlah Najib memperkudakan masaalah DAP dengan ROS sebagai alasan menopeng pekung didada UMNO sendiri.


Perutusan Hari Raya Najib.

Kali ini, Najib melampaui batas. Perutusan hari raya aidil fitri dugunakan untuk memecahbelahkan umat Islam. Perutusan Hari Raya Najib kali ini memelikkan. Hari Raya adalah suatu hari meraikan kemenangan. Para ustaz dan tokoh agama berceramah panjang lebar mengenai perkara ini. Hari raya juga suatu hari mengajak umat Islam bermaaf maafan dan bersatu padu.


Tapi perutusan Najib mengajak umat Islam bermusuhan antara satu sama lain. Kita hendak tahu- puak syiah mengucap dua kalimah syahadah atau tidak? Jika tidak mengucap demikian, mereka bukan Islam dan jika mereka bukan Islam dan mereka bermusuhan dengan puak Islam dalam negara kita, maka kerajaan mesti mengambil tindakan tegas keatas mereka. Aqidah mereka macam mana? Mereka ikut ajaran yang dirisalahkan oleh Nabi Muhammad saw atau tidak? Adakah keengganan puak syiah menerima penggiliran kahlifah setelah wafat nabi soal aqidah atau politik? Kepada puak syiah, jawatan khalifah adalah jawatan yang diwariskan kepada darah keturunan atau hereditary. 


Oleh kerana RasulAllah tidak mempunyai anak lelaki, maka Ali sepatutnya dilamtok sebagai khalifah. Ini prinsip nya. Bukankah prinsip ini dipakai dalam menentukan siapa jadi raja dalam negeri2 dalam negara kita? Adalah ini bererti kaedah mewarisi takhta oleh Raja2 Melayu adalah suatu yang mengikut amalan syiah? Apa pendirian pentadbiran negara?


Tidak pernah perutusan hari raya dijadikan landasan untuk meruncingkan perpecahan dikalangan umat Islam. Pencerahan menegnai beza syiah dan ahli sunnah wal Jemaah bukanlah suatu perkara yang boleh dihuraikan dengan adil dalam perutusan hari raya. Uacap selamat hari raya mengajak orang berbaik baik dan bermaaf maafan, mendoakan selamat pulang dan kembali beraya , cukuplah. Tidak perlu Najib meningkatkan polemic antara syiah dengan ahli sunnah wal Jemaah.


Sebab itu kita kata perutusan Najib pelik kerana dia menggunakan platform tersebut untuk berkelahi dengan puak syiah.


Kalau demikian, kenapa Najib tidak ada keberanian mengeluarkan pendirian keatas shiah. Ia harm atau tidak. Jika haram, elok kita putuskan hubungan diplomatik dengan Iran. Elok juga kita halau semua orang Iran yang ada dalam negara kita kecuali wanita2 Iran yang diminati oleh Najib. Kalau ia haram, semua penganut Islam syiah mesti diberkas dan dihantar ke simpang renggam. Dibawah ordinan darurat (hal2 syiah) atau sebagainya.


Siapalah yang menuliskan perutusan tersebut tidak kah dia tahu megupas perbezaan syiah dan ahli sunnah wal jamaah adalah suatu perkara yang amat berat untuk PM?

Adalah suatu yang janggal apabila perutusan raya yang mengajak umat Islam meraikan kemenangan dan bersedia memaafkan satu sama lain, Najib al-tantuya guna untuk mencemuh puak syiah. Tentunya ini bukan langkah menyatupadukan umat Islam dan bukan meraikan keriangan.

Khutbah hari raya.


Khutbah ditempat lain saya tidak tahu. Tapi khutbah di Masjid To Sera Kuantan, saya dengar sendiri. Inilah khutbah yang paling berat sebelah yang disampaikan oleh khatib. Ianya khutbah yang berat sebelah dan sarat dengan mesej politik mempertahankan sebuah kerajaan yang terang2 tidak mendapat sokongan popular.


Khatib menghuraikan dengan panjang lebar mengapa wajib taat setia kepada ulil amri. Kita telah menghuraikan perkara ini dalam ceramah2 kita. Masaalah dengan orang UMNO dan tok khatib UMNO ialah mereka yang layak digelar ulil amri hanya dari kalangan UMNO. Sebab itu, khatib menyatakan walaupun ulil amri zalim, rasuah, tidak mengapa bertaat kepda mereka selagi mereka tidak membelakangkan agama.


Jika demikian, mengapa kita tidak boleh memilih ulil amri yang tidak rasuah yang tidak zalim dan tetap mempertahan agama? Kalau kita ada pilihan apa pasal kita mesti pilih dari kalangan yang jahat?


Nyata khutbah aidil fitri disediakan oleh penyokong2 UMNO yang mahu mempertahankan keududukan meerka dan menjustifikasi perlanunan, rompakan, rasuah asalkan mereka mendukung cita2 Islam. Ini suatu nasihat yang datang dari fikiran yang kacau.


Khahtib menggunakan ayat An Nisa Quran 4:59 untuk menguatkan hujjah nya. Tapi huraian khatib tidak jitu kerana ayat tersebut memperkui bahawa mesti ada perbezaaan pendapat dan percanggahan antara kumpulan. Sebab itu ayat Quran 4:59 juga mengandungi kaedah menyelesaikan percanggahan pendapat yang diperakui ujud dengan merujuk perbezaan itu kepada Allah, Rasul dan Hari Akhirat iaiau Aqidah kita.
Ertinya apa? Ertinya taat secara mutlak kepada ulil amri bukanlah a natural state dalam prinsip Islam. Perbezaaan pandangan dan kaedah penyelesaian nya lebih merupakan natural state ajaran Islam.


Kita sebenarnya diajar bahawa taat setia adalah suatu konsep yang bersyarat. Dalam buku Mun-yatul mushalli karangan Sheikh Daud al Fatani- dalam bab Tatmimul Faedah ada tersebut sebuah hadis nabi yang mengajak umat Islam taat kepada Sultan yakni pemerintah selagi mereka adil. kalau tidak adil, tidak perlu taat.


Akhir sekali khatib gagal membaca Quran 4:58 yang menyuruh kita memberi amanah dan taat setia kepada mereka yang berhak untuk mendapatkan amanah kita dan kesetiaan kita. Siapakah mereka?


Antaranya ialah mereka yang apabila memerintah dan menghukum, melakukannya secara adil.


Demikianlah beberapa pengucapan dari pimpinan kerajaan dan mursyidul am mereka yang kita mesti bangkang. 


sakmongkol AK47

Tiada ulasan: