SPECIAL ADS

27 Ogos 2013

Ada perancangan licik ketepi kes Altantuya

KUALA LUMPUR 27 OGOS: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul tidak menolak ada kemungkinan perancangan bagi memastikan mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu ini dibebaskan melalui kesilapan-kesilapan teknikal.
Menurut beliau, sudah pasti perancangan itu dilakukan dari mula dan dilakukan secara licik.
“Saya yakin terdapat perancangan untuk sengaja membebaskan semua yang terlibat dalam kes ini.
“Saya katakan seseorang yang licik  merancang supaya yang  terlibat terlepas atas sebab teknikal yang sengaja dirancang dari awal,” tegasnya kepadaKeadilan Daily.
Selain itu, sejak awak lagi prosiding mahkamah yang berlaku sepanjang perbicaraan pembunuhan Altantuya adalah janggal dan pelik.
Menurutnya, perkara pelik itu ialah apabila beberapa saksi penting seperti DSP Musa Safri dan Pegawai Najib, Nasir Safar tidak dipanggil dari awal proses perbicaraan.
Selain itu, motif pembunuhan juga tidak pernah dibangkitkan.
“Apa sebenar motif pembunuhan, tidak mungkin wanita itu dibunuh tanpa motif.
“Sedangkan motif adalah perkara paling penting dalam menyelesaikan sesuatu kes jenayah bunuh.
“Sehingga hari ini, kita tidak tahu mengapa wanita itu dibunuh sebelum diletupkan,” ujar beliau.

Tiada ulasan: