Shah Alam 15 Ogos : Datuk Seri Nazri Aziz mengatakan idea menubuhkan kerajaan perpaduan diantara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) adalah sesuatu yang tidak diperlukan.
Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, setiap kerajaaan perlu menjadi kerajaan yang mewakili rakyat.
“Seharusnya begini, setiap kerajaan seharusnya menjadi kerajaan untuk rakyat,” kata beliau dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.
“Jika setiap kali terdapat pilihan raya dengan keputusan ditengah-tengah dan kita perlu selalu ada kerajaan perpaduan, apa perlunya pilihan raya?” soal Nazri.
Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, pemikiran sebegitu seharusnya dibuang dan mandat rakyat terhadap kerajaan sedia ada perlu dihormati.
“Tidak bolehkah kita rakyat Malaysia bekerjasama tanpa perlu ada kearjaan perpaduan? Saya boleh bekerja dengan baik bersama mereka,” katanya sambil menunjukkan kepada pemimpin PR Teresa Kok dan Elizabeth Wong yang turut bersama dalam sidang akhbar hari ini.
Nazri bercakap selepas merasmikan Muzium Red Carpet Wax di I-City, Shah Alam.
Menurut pemimpin Umno itu, rakyat tidak boleh dipaksa dengan kerajaan jenis apa diperlukan dan keputusan pilihan raya bagaimana diperlukan.
Dalam wawancara bersama Asia Sentinel baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha perdamaian diusulkan Datuk Seri Najib Razak namun beliau menyampaikan mesej melalui pengantara bahawa serangan Utusan Malaysia kepada kaum Cina dan India harus dihentikan sebelum apa-apa rundingan dibuat.
Anwar mengenakan syarat bagi mengurangkan ketegangan kaum di Malaysia.
“Saya menjelaskan isu pokok harus jelas, akhiri budaya rasis maka pasti wujud komitmen dan persefahaman untuk pembaharuan,” katanya.
Anwar masih belum menerima sebarang jawapan daripada Najib meskipun rundingan melalui bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berlalu beberapa minggu.
Sebelum ini, Kalla gagal dalam percubaan meraih perhatian kedua-dua pemimpin itu bagi menerima keputusan PRU13.
Tidak dapat dipastikan alasan Najib mencadangkan kerajaan perpaduan yang bakal mengundang kebencian Umno terhadap Anwar dan rakan-rakannya dalam PR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan