SPECIAL ADS

19 Ogos 2013

Hilang sokongan Punca Rakyat Dingin Kibar Jalur Gemilang

SHAH ALAM, 20 OGOS: Kegagalan kerajaan menyediakan peluang ekonomi yang baik selain majoroti rakyat tidak menyokong kerajaan sedia ada menjadi kayu pengukur hilangnya minat rakyat untuk mengibar jalur gemilang disaat menjelang hari kemerdekaan hujung bulan ini.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata perkara ini berlaku apabila pemimpin yang menjadi pemerintah tidak menghiraukan kebuntuan rakyat terhadap ekonomi dan keadaan hidup yang menekan.
Menurut Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) berkata sikap kerajan yang mempolitikkan segala isu menyebabkan rakyat muak dan menolak Umno/BN.
“Rakyat telah menolak kerajaan minoriti BN selain sejarah yang di momokkan kepada rakyat semuanya berkisar kepada sejarah perjuangan pemimpin Umno dan bukannya sejarah pejuang kemerdekaan negara.
“Walhal rakyat sekarang yang celik mula memahami sejarah merasakan bahawa ianya tidak betul kerana fakta-fakta lain menyatakan kumpulan lain turut terlibat namun tidak dinyatakan dalam elemen kemerdekaan,” katanya kepada Tv Selangor.
Selain itu katanya, hasil keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan 51 peratus rakyat memilih untuk membuat perubahan namun pemerintahan Umno-BN kekal meneraju negara disamping penipuan pilihan raya seperti yang dikemukakan melalui petisyen pilihan raya menambahkan lagi ‘bengkak’ kemarahan rakyat.
Menurut Shamsul budaya rasuah, kronisme dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin Umno/BN yang semakin mencengkam rakyat juga antara punca rakyat tidak menghiraukan apa sahaja usaha kerajaan termasuk kempen kibar jalur gemilang.

Tiada ulasan: